Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
240) PROJEK DATUM JELATEK
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini projek Datum Jelatek?
PKNS telah melantik syarikat anak, Datumcorp International Sdn. Bhd. sebagai pemaju yang akan melaksanakan pembangunan Datum Jelatek.
-
Siapakah rakan kongsi yang dilantik oleh pihak PKNS?
Pihak Pengurusan Datumcorp kini sedang menjalankan proses penilaian ke atas kontraktor-kontraktor utama yang menyertai pelawaan tender. Keputusan dan perlantikan kontraktor akan dibuat secepat mungkin.
-
Nyatakan faedah-faedah yang diperolehi oleh PKNS di dalam projek ini?
Faedah yang diperolehi oleh PKNS dalam projek ini adalah :
- Meningkatkan imej PKNS dalam segmen pembangunan hartanah bernilai tinggi setanding syarikat pemaju swasta seperti Mah Sing, SP Setia dan lain-lain lagi.
- 50% dari jumlah unit yang dibina akan dibuka untuk jualan kepada pembeli bertaraf Bumiputera.
- Keuntungan yang dijangka diperolehi dari projek ini adalah berjumlah RM98 juta.
- Keuntungan yang dijana akan disalur bagi membiayai projek-projek perumahan mampu milik PKNS.