Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

236) PROJEK DALAM KAWASAN PERMIT PENGGUNAAN DI KOMPARTMEN 1,2,15,16,18,19,22 DAN 23 HUTAN SIMPAN KARANG

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek di Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 serta senaraikan projek tanaman yang telah dilaksanakan dan berapa keluasan projek yang telah berjalan bagi setiap fasa?

    Status terkini pembangunan projek perhutanan tani di Hutan Simpan Sungai Karang dijalankan secara berfasa yang mana pada masa kini hanya kawasan seluas lebih kurang 477hektar (Fasa 1) mula dilaksanakan. Antara projek penanaman yang sedang dilaksanakan adalah pokok kelapa dan tanaman kontan seperti cili, nanas, pisang dan sayur-sayuran.

  2. Berapa ramai jumlah peserta yang memohon bagi projek setiap fasa-fasa tersebut dan senaraikan peserta yang terbabit bagi setiap fasa dengan terperinci?

    Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan Permit Penggunaan seluas lebih kurang 1,150 hektar kepada Koperasi Usahawan Bersatu Selangor Berhad (KUBSB). Jumlah dan senarai peserta bagi setiap fasa diuruskan sepenuhnya oleh pihak pengurusan KUBSB.

  3. Berapa ekar setiap peserta yang layak dapat melaksanakan projek tersebut dan senaraikan setiap peserta yang layak melaksanakan projek tersebut?

    Jumlah keluasan kawasan pajakan bagi setiap peserta yang terlibat adalah tertakluk kepada pengurusan pihak KUBSB.

Lampiran

Tiada Lampiran.