Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
221) PROJEK CEKAL RAYA SDN BHD
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009 berkenaan Pejabat SUK di muka surat 92-94: Apakah faktor-faktor yang menyebabkan Kerajaan Negeri masih belum menerima pulangan sepenuhnya seperti yang telah ditetapkan dalam kelulusan projek penswastaan ini?
- Projek pembangunan secara penswastaan oleh Syarikat Cekal Raya Sdn. Bhd. di atas tanah kerajaan seluas 23.75 ekar di Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling, Selangor telah diluluskan pada 24 Mac 1999. Berdasarkan kelulusan pada masa itu, pulangan kepada Kerajaan Negeri adalah:-
Bil. Komponen Pulangan Nilai (RM) Status 1. Premium tanah 2,101,382.00 Telah dibayar 2. 64 unit Rumah Kos Rendah (RKR) 2,688,000.00 Telah siap dibina tetapi telah dijual kepada Orang Awam 3. Perpustakaan Awam, Tadika, Surau, Dewan Orang Ramai
500,000.00 Belum dibina Jumlah 5,289,382.00 Baki pulangan yang masih belum diterima adalah sebanyak RM 500,000.00 dan ianya berbentuk perpustakaan awam, tadika, surau dan dewan orang ramai. Usaha untuk mendapatkan baki pulangan ini sukar dilaksanakan kerana keseluruhan tanah tersebut telah diberi milik kepada pihak syarikat pada 5 April 2000 lagi, dimana Borang 5A bagi tujuan pemberimilikan telah dikeluarkan pada tarikh tersebut dan pihak syarikat telah pun menjelaskan sepenuhnya premium tanah berkenaan pada 12 Julai 2000. Oleh itu, tanah tersebut telah menjadi milik syarikat secara sah.
Borang 5A yang dikeluarkan pada tahun 2000, telah dikeluarkan tanpa melibatkan sebarang perjanjian di antara Kerajaan Negeri dan pihak syarikat. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri pada masa ini tidak dapat menuntut sebarang baki yang belum selesai seperti mana kelulusan MMKN pada tahun 1999.
Pada tahun 2005, Kerajaan Negeri ada memasukkan Kaveat Pendaftar ke atas tanah berkenaan, namun pada ketika itu, semua pembangunan telah pun selesai dilaksanakan oleh pihak syarikat.
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi mengatasi kelemahan ini?
- Bagi memastikan tiada lagi kes seperti Projek Cekal Raya ini terjadi, pada tahun 2006, Kerajaan Negeri telah memutuskan bahawa tiada lagi pulangan dalam bentuk in kind ke atas mana-mana projek pembangunan secara penswastaan. Manakala pada tahun 2008, Kerajaan Negeri menegaskan menerusi polisinya bahawa tiada lagi projek penswastaan akan
-
Apakah sebab-sebab boleh berlaku ketiadaan perjanjian bagi membolehkan tindak-tanduk pemaju dikawal?
- Melalui semakan dalam rekod yang ada, tidak terdapat maklumat yang diperolehi mengenai sebab-sebab kegagalan melaksanakan perjanjian pembangunan