Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
272) PROJEK CCTV SSDU
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah progres projek CCTV oleh SSDU di Subang Jaya?
Projek rintis Sistem Pengurusan Analisis Video Keselamatan dan Pengawasan di sekitar kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya kini sedang dalam peringkat pengujian analitik untuk pemadanan muka (face recognition), pengecaman insiden dan objek, pengiraan orang, serta pembangunan dashboard. Keseluruhan pengujian dan pembangunan dashboard ini dijangka selesai pada penghujung 2019.
-
Adakah projek tersebut akan mengkaji penggunaan CCTV untuk penguatkuasaan kesalahan trafik?
SSDU sedang meneliti insiden-insiden yang boleh dirakam menerusi CCTV tersebut untuk membuat pengujian analitik dan memperincikan insiden-insiden tertentu seperti kesalahan trafik yang melibatkan pihak PDRM dan inisiden-insiden perbandaran seperti kesalahan parkir yang melibatkan operasi penguatkuasaan PBT.
Sekiranya ini menjadi keutamaan PDRM, maka sistem analitik untuk insiden-insiden yang tersebut di atas akan dikongsi dan disalurkan kepada pihak PDRM untuk tujuan penguatkuasaan.