Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

60) PROJEK BANJIR BAGI KAMPUNG MELAYU SUBANG

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan bagi projek mengatasi banjir di Kampung Melayu Subang?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM29.02 juta bagi melaksanakan enam (6) projek dan kerja mitigasi banjir di kawasan Kampung Melayu Subang. Projek dan kerja yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-

    Bil. Tajuk Kos

    (RM)

    Tarikh Mula

    Tarikh Siap

    Status
    1.

    Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pelempas di Kampung Melayu Subang (Fasa 1)

    13,321,350.00 13.4.2016

    11.10.2017

    EOT No. 6: 30.7.2021

    Tarikh CPC: 7.1.2022

    Projek Siap
    2. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pelempas di Kampung Melayu Subang (Fasa 2), Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan 15,000,000.00 Dalam Proses Pelantikan Semula Perunding.

    Perunding yang dilantik telah menarik diri dari pelaksanaan kerja reka bentuk. Permohonan pelantikan semula perunding secara lantikan terus berserta kos siling telah dikemukakan kepada Perbendaharaan Negeri Selangor (PNS) untuk kelulusan.

    Reka Bentuk Dijangka Mula Pada Bulan Ogos 2024.

    (Tempoh reka bentuk adalah selama 10 bulan)

    3. Kerja-Kerja Membina Tembok Penahan Banjir di Sungai Pelempas Berhampiran Taman Setia Warisan dan Lain-Lain Kerja Berkaitan, Daerah Petaling 49,930.00

    3.6.2024

    14.7.2024

    Kerja Siap
    4. Kerja Membina Benteng Penahan Banjir Sungai Pelempas dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Berhampiran Jalan Resak Kampung Melayu Subang, Daerah Petaling 216,580.00 1.4.2024

    25.7.2024

    Kerja Siap
    5. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Berkala ROW Sungai Pelumut dan Sungai Pelempas Serta Lain-lain Kerja Berkaitan di Kg. Melayu Subang, Daerah Petaling 134,989.00 29.4.2024

    28.4.2025

    Dalam Pelaksanaan Secara Berkala (12 kali setahun)
    6. Kerja-Kerja Membina On-Site Detention Sungai Pelempas dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Berhampiran Desa Subang Perantau, Daerah Petaling 300,000.00

    (Anggaran Kos)

    Dalam Proses Penilaian Sebut Harga
      Jumlah 29,022,849.00    
  2. Bilakah projek mengatasi banjir bagi tahun 2024 akan dapat bermula?

  3. Apakah pelan jangka masa panjang yang dapat dilakukan bagi mengatasi banjir di Kampung Melayu Subang?

    Untuk makluman Yang Berhormat, sebahagian kawasan Kampung Melayu Subang merupakan kawasan rendah dan mempunyai sistem perparitan yang tidak terancang disebabkan oleh pembangunan bercampur di kawasan tersebut. Pemajuan tanah di kawasan tersebut juga bersifat persendirian dan berkelompok menyebabkan penempatan atau rumah sedia ada berada di paras yang rendah berbanding pembangunan baharu yang didirikan.

    Sehubungan dengan itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor mencadangkan agar pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaksanakan kajian terhadap sistem saliran dalaman di kawasan tersebut secara menyeluruh. Jalan raya serta jambatan di kawasan tersebut juga wajar ditinggikan dan dinaiktaraf. Bagaimanapun, bagi mengurangkan risiko banjir yang sering berlaku di Kampung Melayu Subang, JPS Negeri Selangor turut mengambil inisiatif melaksanakan projek dan kerja perlindungan banjir secara berperingkat di kawasan tersebut. Projek dan kerja yang telah, sedang dan akan dilaksanakan adalah seperti senarai projek pada jawapan a) dan b) di atas.

Lampiran

Tiada Lampiran.