Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

107) PROJEK BAIK PULIH SEKOLAH AGAMA DI KAWASAN TAMAN MEDAN

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat sebarang projek baikpulih sekolah-sekolah agama di kawasan Taman Medan dalam masa ini terutamanya SRA Kampung Medan 2 dan SRA Taman Dato' Harun

    Ya. Terdapat projek baik pulih di sekolah-sekolah dalam kawasan Taman Medan iaitu di SRA Kampung Medan 2 dan SRA Taman Dato’ Harun.

  2. Apakah status projek-projek tersebut setakat ini jika ada

    Status projek adalah seperti berikut:

    1. SRA Kampung Medan 2 : Telah siap dilaksanakan.
    2. SRA Taman Dato’ Harun : Dalam proses baik pulih.
  3. Bilakah jangkaan tempoh mula dan berakhir projek-projek tersebut

    Jangkaan tempoh projek-projek tersebut:

    1. SRA Kampung Medan 2 : Telah siap pada 01 Julai 2022.
    2. SRA Taman Dato’ Harun dijangka siap pada 15 April 2023.

Lampiran

Tiada Lampiran.