Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
90) PROJEK AIR MANIS
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini projek air manis di Sabak Bernam dan apakah kriteria pemohon yang layak memohon kawasan perumahan tersebut?
Pembangunan Projek Taman Air Manis akan dilaksanakan dalam empat (4) fasa. Kelulusan Pelan Bangunan daripada Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) adalah seperti berikut :
- Fasa 1 (Skim Perumahan) pada 31 Disember 2021;
- Fasa 2 (Skim Perniagaan) pada 25 Januari 2022; dan
- Fasa 3 (Skim Perumahan) pada 7 September 2022.
Status kemajuan terkini di tapak Fasa 1 dan 2 sehingga bulan Januari 2023.
Fasa 1 merangkumi 54 unit Rumah Idaman 1 Tingkat (RT1) dan 6 unit rumah teres 2 Tingkat (RT2). Pecahan peratus kemajuan bagi Fasa 1 adalah seperti berikut :
- Kerja-kerja peparitan sebanyak 90%;
- Kerja-kerja jalan sebanyak 40%;
- Kerja-kerja paip pembentungan telah selesai 100%;
- Kerja struktur bangunan sebanyak 60%; dan
- Kerja batu dinding sebanyak 40%.
Secara keseluruhan, kemajuan pembangunan untuk Fasa 1 adalah pada 60%.
Manakala pembangunan bagi Fasa 2 merangkumi 26 unit Kedai Pejabat 2 Tingkat (KP1 dan KP2). Pecahan peratus kemajuan bagi Fasa 2 adalah seperti berikut :
- Kerja-kerja peparitan telah selesai 100%;
- Kerja-kerja jalan sebanyak 50%;
- Kerja-kerja paip pembentungan telah selesai 100%; dan
- Kerja struktur bangunan sebanyak 50%.
Secara keseluruhan, kemajuan pembangunan untuk Fasa 2 adalah pada 65%.
Untuk makluman juga, projek ini baru memperolehi kelulusan Advertising Permit and Developer’s License (APDL) bersyarat melalui surat Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertarikh 19 Januari 2023.
Kriteria pemohon yang layak memohon pembangunan tersebut adalah berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) antaranya warganegara Malaysia, berumur lebih 18 tahun, bermastautin di Selangor, masih belum mempunyai rumah dan jumlah pendapatan seisi rumah RM14,500 maksium.
-
Apakah rakyat terutamanya penduduk di kawasan Sabak Bernam menjadi keutamaan untuk pemilikan kediaman tersebut?
Pemilihan pemohonan adalah berdasarkan kepada pemohon yang telah berdaftar dengan LPHS dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pendaftaran boleh dilakukan di laman sesawang www.ehartanah.lphs.gov.my