Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
270) PROJEK AIR MANIS
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan projek rumah Selangorku Air Manis Sabak Bernam?
PNSB akan membina Rumah Idaman dengan komposisi melebihi 80% daripada jumlah keseluruhan pembinaan, iaitu sebanyak 217 unit. Konsep Rumah Idaman ialah rumah RSKU yang akan dilengkapi perabot seperti kabinet dapur dan kabinet bilik tidur, peti sejuk, pemanas air, kabinet tv dan tv serta alat penghawa dingin. Harga jualan dianggarkan sebanyak RM250,000.00 seunit dan dijangka akan bermula pembinaan Fasa 1 pada tahun 2021.
-
Nyatakan syarikat yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri dalam melaksanakan projek tersebut?
Sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri, PNSB akan membangunkan tanah tersebut bersama-sama syarikat usahasama yang telah dilantik.
-
Apakah status pusat rehat dan rawat (RnR ) kekal atau dialih daripada pelan asal?
Tapak asal RnR dicadangkan untuk dialihkan ke lokasi yang baru iaitu akan dibina diatas tanah milik Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB). Lokasi ini terletak lebih kurang 1 km daripada tapak asal.