Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
97) PROJEK AGROTEK TERNAKAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan hasil projek penternakan dari projek agrotek penternakan yang menggunakan baka yang baik?
Projek agrotek penternakan di negeri ini dilaksanakan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Penternakan (TKPM) Penternakan yang diselia oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor (DVS Selangor) dan TKPM Pertanian yang mempunyai komponen penternakan yang diselia pula oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Secara keseluruhannya, terdapat 6 TKPM Penternakan dan 4 TKPM Pertanian yang mempunyai komponen penternakan di seluruh Negeri Selangor dengan 56 peserta yang menternak Lembu Pedaging, Lembu Tenusu, Kambing Pedaging, Kambing Tenusu, Ayam Pedaging dan menanam rumput atau foder. Secara khusus pula, terdapat 1 TKPM Penternakan di DUN Semenyih iaitu TKPM Hulu Semenyih dengan 3 peserta yang menternak lembu tenusu iaitu:
- Jaspal Singh a/l Sadara Singh – 55 ekor lembu tenusu
- Naim Hamayon – 50 ekor lembu tenusu
- Sugenthiran a/l Rajan – 70 ekor lembu tenusu
Bagi menjawab pertanyaan ini, DVS Selangor telah menyenarai pendek beberapa projek di TKPM Penternakan yang dikenalpasti menggunakan baka yang baik iaitu:
- projek lembu tenusu yang menggunakan baka kacukan Jersey Freisian dan kacukan Freisian Sahiwal, dan
- projek kambing tenusu yang menggunakan baka tulin Saanen.
Hasil daripada projek TKPM Penternakan yang menggunakan baka yang baik adalah:
- pengeluaran susu yang tinggi bagi penternakan tenusu,
- kadar kelahiran tahunan yang tinggi
Namun, pencapaian yang baik ini juga tertakluk kepada faktor-faktor lain seperti kaedah penjagaan, tahap kesihatan dan pemakanan ternakan.
-
Berapa peserta yang telah berjaya dan senaraikan keuntungan peserta dan kos program?
Daripada 56 peserta yang menyewa 6 TKPM Penternakan dan 4 TKPM Pertanian di seluruh Negeri Selangor, 14 peserta dikenalpasti sebagai menggunakan baka yang baik dan 8 peserta daripadanya pula telah berjaya mencapai prestasi baik. Senarai anggaran hasil tahunan mereka bagi sepanjang tahun 2018 adalah seperti berikut:
BIL. NAMA PESERTA JENIS PROJEK
NAMA TKPM ANGGARAN HASIL TAHUN 2018*
(RM)
1. Magendran A/L Rajadurai Lembu Tenusu Sungai Nilam 244,512 2. Mejar (B) Kiruba A/L Kanagamany Lembu Tenusu Sungai Tamu 230,458 3. Ramanatahan A/L Thangamuthu Lembu Tenusu Sungai Tamu 151,766 4. Jaspal Singh A/L Sadara Singh Lembu Tenusu Hulu Semenyih 154,579 5. Mohd. Naim Hamayon Lembu Tenusu Hulu Semenyih 140,525 6. Sugethiran A/L Rajan Lembu Tenusu Hulu Semenyih 193,853 7. Saravanan A/L Krishnan Lembu Tenusu Jenderam Hulu 177,062 8. Safril bin Ming Kambing Tenusu Bukit Changgang 112,320 JUMLAH 1,405,075 PURATA 175,634 Kos keseluruhan bagi membangun dan menyelenggara tujuh (7) TKPM Penternakan dan tiga (3) Taman Agrotek seliaan Jabatan Pertanian (yang mempunyai komponen ternakan) di seluruh Negeri Selangor dari 2016 hingga 2019 adalah:
2016 2017 2018 2019 JUMLAH RM 530,000 RM 520,000 RM 200,000 RM 100,000 RM 1,350,000 Kerajaan Negeri tidak boleh mengasingkan kos untuk penternakan yang menggunakan baka yang baik semata-mata kerana perbelanjaan pembangunan dan penyelenggaraan berkenaan juga turut melibatkan penternak-penternak lain di TKPM Penternakan yang sama tapi dikategorikan sebagai menggunakan baka biasa.