Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
48) PROGRES LRA LANGAT 2
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan langkah-langkah yang sedang diambil untuk mempercepatkan pengaktifan LRA Langat 2
Projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 dan Sistem Agihan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Berdasarkan kepada maklumat yang diberikan oleh PAAB, kemajuan keseluruhan projek sehingga Mei 2022 adalah 90.32% – mengikut kemajuan sebenar berbanding 92.58% – mengikut jadual kemajuan kerja, iaitu kelewatan sebanyak 2.26%.
LRA Langat 2 mempunyai kapasiti reka bentuk pengeluaran air terawat sebanyak 1,130 juta liter sehari (JLH) telahpun siap dan diaktifkan bermula pada Disember 2019. Bagaimanapun, sistem agihan bagi LRA Langat 2 yang merangkumi Koridor Barat dan Koridor Utara masih lagi dalam peringkat pembinaan dan hanya akan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2023. Bagi memastikan air terawat daripada LRA Langat 2 ini dapat disalurkan kepada pengguna, pihak PAAB telah membuat penyambungan daripada Kolam Imbangan Baru LRA Langat 2 di Bukit Enggang kepada Kolam Imbangan LRA Langat 1 sedia ada. Seterusnya, pihak Air Selangor juga telah melaksanakan dua lagi kerja-kerja penyambungan paip di bahagian hiliran bagi meluaskan sistem agihan kepada lebih banyak kawasan.
Pada masa ini, Air Selangor telah dapat mengagihkan air terawat yang dikeluarkan dari LRA Langat 2 menggunakan sistem agihan sedia ada sehingga 400 JLH.