Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
67) PROGRAM ZON BERSIH
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah sistem pemantauan yang ada untuk program zon bersih?
Bagi tujuan memantau program zon bersih, PBT telah menubuhkan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal bagi memastikan program ini mencapai matlamat. Dalam hal ini, semua perkara berkaitan dibincangkan bagi tindakan dan makluman pihak berkaitan. Selain dari itu pemantauan kontraktor turut dijalankan secara berkala oleh jabatan dalaman PBT bagi kerja-kerja pembersihan dan lain-lain. Antaranya ialah :
- Pemeriksaan ke atas premis perniagaan seperti restoran, pasar pagi, pasar malam dan medan selera bagi memastikan pematuhan terhadap kebersihan, pembuangan sampah serta memiliki lesen perniagaan yang sah.
- Mengeluarkan kompaun dan sitaan kepada mereka yang melanggar peraturan serta kesalahan trafik.
- Pemantauan kebersihan tandas awam oleh kontraktor pembersihan dan kutipan sampah serta sisa pepejal oleh Syarikat Alam Flora dan juga kontraktor lanskap yang menjaga taman dan padang permainan dilakukan pada setiap bulan.
-
Berapakah peruntukkan yang telah dibelanjakan dalam program ini?
Berikut adalah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh setiap PBT bagi pelaksanaan Program Zon Bersih Sesi 2010/2011 :
PERUNTUKAN YANG DIGUNAKAN BIL PBT 1. MBSA RM 115,743.50 2. MBPJ RM 95,505.00 3. MPK RM 100,000.00 4. MPSJ RM 100,000.00 5. MPAJ RM 150,000.00 6. MPS RM 210,000.00 7. MPKj RM 200,000.00 8. MPSp RM 154,043.00 9. MDKS RM 112,500.00 10. MDKL RM 112,500.00 11. MDHS RM 77,434.00 12. MDSB RM 25,540.00