Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
175) PROGRAM YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah program pendidikan yang masih dijalankan oleh Yayasan Selangor pada masa ini?
Program Pendidikan yang masih dijalankan oleh Yayasan Selangor adalah seperti berikut:-
- Pengambilan Murid Tingkatan 1 Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia – Yayasan Selangor (RKPYS)
- Pengambilan Murid Program High Potential Students (HIPERS)
- Pengambilan Pelajar Tingkatan 6 (PTEYS)
- Penajaan Murid BITARA (Kolej Yayasan Saad & MRSM)
- Program Kecemerlangan Akademik (Kelas Bimbingan, Seminar dan Bengkel Peperiksaan)
- Program Pembangunan Sahsiah dan Jati Diri Pelajar
- Program STEM
- Program Pembangunan Bakat Pelajar
- Program Anugerah dan Penghargaan
- Program Kolaborasi Perakaunan Profesional
11. Pembiayaan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah
-
Nyatakan bentuk bantuan yang diberikan oleh Yayasan Selangor kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor?
Bantuan kepada anak kelahiran Negeri Selangor dari Yayasan Selangor adalah seperti berikut:-
- Biasiswa untuk pelajar peringkat Menengah dan Kolej Tingkatan 6.
- Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah pelajar IPT.
Bantuan ini adalah tambahan perkhidmatan pendidikan kepada anak Selangor yang ditaja YS selain program pendidikan di para a).