Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
111) PROGRAM YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh manakah keberkesanan program penajaan pendidikan di bawah Yayasan Selangor?
Program penajaan pendidikan Yayasan Selangor telah membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar. Ia diterjemah dengan pencapaian cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Walaupun saban tahun, format peperiksaan awam (SPM) berubah mengikut keperluan semasa, pelajar tajaan Yayasan Selangor berjaya memperoleh keputusan yang baik dan meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Tahun Pencapaian 5A ke atas Pencapaian 4A Pencapaian 4A ke atas
2013 64.3 % 15.4 % 79.7 % 2014 68.0 % 15.9 % 83.9 % 2015 56.3 % 17.0 % 73.3 % 2016 46.4 % 15.5 % 61.9 % -
Sila jelaskan jumlah anak-anak Selangor yang telah mendapat manfaat sejak tahun 2013.
Tahun Enrolmen Catatan 2013 4008 – 2014 5097 Sekolah Menengah – 4365 Sekolah Rendah – 732 2015 5186 Sekolah Menengah –4778 Sekolah Rendah – 408 2016 4698 Sekolah Menengah – 4477 Sekolah Rendah – 221 Program pembiayaan pendidikan melalui Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor juga telah dilaksanakan dan telah memberi manfaat kepada rakyat seperti data di bawah:
Tahun Jumlah Pelajar IPT Jumlah (RM) 2013 122 orang RM1,310,436.40 2014 24 orang RM270,452.00 2015
9 orang RM114,400.00 2016
177 orang RM3,014,554.40 -
Berapakah pecahan dari segi peratusan di antara yang berjaya dengan yang gagal?
100% pelajar lulus dalam peperiksaan dan berjaya meneruskan pengajian selepas Tingkatan 5 di peringkat menengah.