Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

152) PROGRAM WARGA EMAS

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan peratusan warga emas di dalam kawasan Negeri Selangor.

    Merujuk kepada Penerbitan Anggaran Penduduk Semasa, Daerah Pentadbiran, 2023, warga emas berusia 60 tahun dan lebih di Selangor sebanyak 11.4 peratus. Daerah Petaling mencatatkan peratusan penduduk warga emas tertinggi iaitu 12.1 peratus, diikuti Ulu Langat 11.6 peratus dan Klang 11.5 peratus.

    Peratus penduduk berumur 60 tahun dan lebih, Selangor dan Daerah Pentadbiran Tahun 2023

    DAERAH UMUR 60+ (%)
    Selangor 11.4
        Petaling 12.1
        Ulu Langat 11.6
        Klang 11.5
        Gombak 10.9
        Ulu Selangor 10.5
        Sepang 10.4
        Kuala Langat 10.3
        Kuala Selangor 10.1
        Sabak Bernam 9.8

    Sumber:  Penerbitan Anggaran Penduduk Semasa, Daerah Pentadbiran, 2023

  2. Berapakah bilangan pusat warga emas yang berdaftar di dalam Selangor?

    Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan pendaftaran ke atas Pusat Jagaan melalui Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506] dan Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994. Daripada rekod JKM sehingga Mei 2024 terdapat sejumlah 103 pusat jagaan kategori warga emas telah berdaftar sebagai pusat jagaan. 84 pusat jagaan adalah kendalian swasta  dan 19 pula di bawah kendalian NGO. Sebagai makluman daripada 103 pusat jagaan kategori warga emas ini telah memberi jagaan kepada sejumlah 1,823 orang warga emas.

  3. Apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menambah bilangan pusat jagaan warga emas di Selangor?

    Institusi Pusat Jagaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat tiada perancangan untuk menubuhkan Pusat Jagaan baharu. Manakala bagi Pusat Jagaan Swasta, JKM akan mendaftarkan Pusat Jagaan baharu yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan melalui Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506] dan Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994.

Lampiran

Tiada Lampiran.