Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
183) PROGRAM VAKSINASI SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menambahbaik pengurusan proses suntikan vaksin COVID-19 di Negeri Selangor?
Soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan dari Bukit Gasing (N34) No. 134(a) dan Kota Anggerik (N40) No.183 (c). Maklumat bagi kos yang telah diperuntukkan bagi tujuan pembelian vaksin oleh Kerajaan Negeri melalui SELGATE Healthcare Sdn Bhd tidak dapat dimaklumkan kerana pihak SELGATE telah menandatangani “Non-Disclosure Agreement” berkenaan perkara ini bersama pihak pembekal iaitu Pharmaniaga.
Seperti Yang Berhormat sedia maklum, program SELVAX anjuran Kerajaan Negeri menggunakan vaksin jenis Sinovac, yang mana Kerajaan Negeri melalui SELGATE Healthcare Sdn. Bhd. telah membuat perolehan dan perjanjian bekalan daripada syarikat Pharmaniaga yang merupakan pengedar tunggal vaksin Sinovac di Malaysia.
-
Sejauh manakah tahap suntikan vaksin melibatkan warga Negeri Selangor?
Data pemberian suntikan:
-
Berapakah kos yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan pembelian vaksin untuk Program Vaksinasi Selangor?