Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
131) PROGRAM VAKSIN SELVAX
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah kos untuk dua dos Vaksin Sinovac untuk program SELVAX?
Soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan dari Bukit Gasing (N34) No. 134(a) dan Kota Anggerik (N40) No.183 (c). Maklumat bagi kos yang telah diperuntukkan bagi tujuan pembelian vaksin oleh Kerajaan Negeri melalui SELGATE Healthcare Sdn Bhd tidak dapat dimaklumkan kerana pihak SELGATE telah menandatangani “Non-Disclosure Agreement” berkenaan perkara ini bersama pihak pembekal iaitu Pharmaniaga.
-
Siapakah pembekal Vaksin Sinovac bagi program SELVAX?
Seperti Yang Berhormat sedia maklum, program SELVAX anjuran Kerajaan Negeri menggunakan vaksin jenis Sinovac, yang mana Kerajaan Negeri melalui SELGATE Healthcare Sdn. Bhd. telah membuat perolehan dan perjanjian bekalan daripada syarikat Pharmaniaga yang merupakan pengedar tunggal vaksin Sinovac di Malaysia.