Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

119) PROGRAM VAKSIN SELANGOR (SELVAX)

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan PPV yang dibuka dan dikendalikan oleh Kerajaan Negeri?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Program SELVAX adalah merupakan inisiatif Kerajaan Negeri bagi membantu mempercepatkan kadar imunisasi rakyat Selangor dan seterusnya mempercepatkan usaha ke arah imuniti kelompok. Ini seterusnya membolehkan sektor ekonomi dan sosial dibuka secara berperingkat bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan kelangsungan ekonomi negeri dapat dipelihara. Sehingga 10 Ogos 2021, Kerajaan Negeri melalui SELGATE Healthcare Sdn. Bhd. telah membuka dan mengendalikan sebanyak 5 PPV tetap dan 15 PPV dewan komuniti di seluruh Negeri Selangor.

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri sebagai kos kendalian PPV tersebut?

    Kos bagi pengendalian PPV di bawah Program SELVAX adalah ditanggung sepenuhnya oleh SELGATE Healthcare Sdn. Bhd. Selaku agensi pelaksana bagi program ini. Pihak SELGATE juga bertanggungjawab dalam mengurus dan mengawal selia operasi bagi PPV tersebut

  3. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambahkan lagi bilangan PPV kendalian Kerajaan Negeri berbanding dengan bilangan yang ada sekarang?

    Pada masa ini, Kerajaan Negeri berpendapat jumlah PPV sedia ada adalah mencukupi dalam memastikan pelaksanaan Program SELVAX berjalan dengan lancar. Walau bagaimanapun, penambahan PPV ini akan dipertimbangkan berdasarkan situasi dan keperluan dari masa ke semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.