Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

123) PROGRAM VAKSIN BOOSTER

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan akan melaksanakan pemberian vaksin booster secara tersusun sebagaimana program vaksin dua dos sebelum ini?

    Pemberian vaksin booster akan diberikan seperti berikut :

    • Frontliner KKM – akan diberikan di fasiliti kesihatan tempat bertugas masing-masing
    • Frontliner Bukan KKM dan Komuniti – akan diberikan di Klinik Swasta dan Hospital Swasta yang telah dikenalpasti oleh pihak PHCorp
    • Temujanji boleh dibuat melalui aplikasi mySejahtera
    • Pemberian adalah secara sukarela

Lampiran

Tiada Lampiran.