Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
51) PROGRAM USAHAWAN TANI
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh mana kejayaan perlaksanaan Program Pembangunan Agropreneur setakat ini?
- peruntukan iaitu peruntukan Negeri dan Persekutuan. Pecahan program tersebut mengikut tahun adalah seperti berikut:
Peruntukan Negeri – Agrogenerasi Muda
Tahun Bil. Permohonan Diluluskan 2015 24 2016 32 2017 42 2018 12 Jumlah 110 * permohonan baru dikemukakan ke UPEN
Peruntukan Persekutuan – Agropreneur Muda
Tahun Bil. Permohonan Diluluskan 2014 18 2015 10 2016 12 2017 11 2018 0 2019 6* Jumlah 57 * permohonan baru dikemukakan ke Jabatan Pertanian
-
Adakah Kerajaan akan meneruskan perlaksanaannya? Jika ia apakah perancangan Kerajaan Negeri seterusnya untuk meningkatkan penglibatan lebih ramai lagi usahawan-usahawan tani (agropreneur) ?
Kerajaan akan meneruskan perlaksanaan program ini dengan beberapa penambahbaikan untuk memperkenalkan program mentor-mentee dan mewujudkan agro prenuer dalam bidang industri asas tani. Kerajaan menyediakan dana in-kind contribution dengan memberi bantuan sebanyak 30 peratus modal dengan nilai maksimum RM 30,000.00, program latihan dan kursus yang sesuai, menyediakan peluang pemasaran dan bantuan-bantuan lain yang layak untuk dipertimbangkan.