Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
51) PROGRAM TUNAS
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berikan penjelasan mengapakah pembayaran kepada pengusaha TUNAS dilakukan setiap tiga bulan sekali dan kerap kali tertangguh?
Pembayaran kepada pengusaha tadika bagi pelaksanaan Program Skim TUNAS dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Pembayaran akan diproses selepas mendapat permohonan yang lengkap daripada pihak RMSB. Pembayaran dibuat secara berkala iaitu pada setiap 3 bulan sekali kerana bagi memenuhi kehendak surat arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak Perbendaharaan Negeri Selangor supaya mengurangkan cetakan cek untuk menjimatkan kos.
-
Kenapakah pembayaran di buat secara cek dan tidak secara terus ke akaun bank penerima?
Pembayaran secara terus ke akaun atau Electronic Fund Transfer (EFT) pada tahun 2014. Namun begitu kaedah bayaran ini telah diubah kepada pembayaran secara cek hasil daripada maklum balas daripada pihak RMSB dan pengusaha tadika sendiri yang menghadapi kesukaran untuk memantau pembayaran yang telah diterima. Bermula pada tahun 2017 pembayaran akan dilaksanakan oleh pihak RMSB kepada tadika dan peruntukan akan disalurkan kepada pihak RMSB secara berperingkat berdasarkan permohonan sebenar.