Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
54) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila terangkan secara terperinci bagaimanakah Program Tuisyen Rakyat Selangor dilaksanakan di bawah sekolah-sekolah?
Program Tuisyen Rakyat Selangor dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS). Pihak JPNS akan membuat pemilihan sekolah yang terlibat berdasarkan kriteria murid yang telah ditetapkan.
-
Adakah terdapat cara-cara lain sekiranya ada pelajar-pelajar yang lebih suka PTRS diusahakan oleh Pusat Khidmat kerana lebih senang sekiranya pusat tuisyen dekat dengan kawasan perumahan?
Kerajaan Negeri akan membuat kajian terperinci berkenaan isu ini. Pelaksanaan program ini pada masa ini adalah melalui sekolah-sekolah yang terpilih oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.