Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

265) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. PTRS hanya dilaksanakan selama satu tahun, manakala biasanya murid-murid perlu lebih daripada setahun untuk menyediakan diri mereka demi menghadapi pemeriksaan SPM. Adakah program ini memang berkesan dan bagaimanakah kerajaan mengkaji keberkesanannya?

    Program Tuisyen Rakyat merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu para pelajar yang sederhana dan lemah serta berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka agar tidak ketinggalan. Sekurang-kurangnya layak mendapat sijil SPM. Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dilaksanakan selama setahun di mana kelas tuisyen berlangsung selama hanya 8 bulan. Namun begitu, program ini dianggap berkesan dengan adanya beberapa program sokongan seperti Succesfull Intelligence atau Smart Learning dan Pecutan Akhir SPM. Dengan adanya program sokongan yang dibekalkan, maka pelajar PTRS akan lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM.

    Terdapat beberapa indikator dalam mengenal pasti keberkesanan program ini. Pihak kerajaan, khususnya melihat trend pendaftaran pelajar setiap tahun, kehadiran pelajar ke kelas tuisyen dan program-program sokongan, serta keputusan peperiksaan SPM. Ternyata, usaha dan bantuan yang dibekalkan oleh kerajaan sedikit sebanyak membantu dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar yang lemah dalam akademik dan kurang berkemampuan untuk pergi ke pusat tuisyen berbayar.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.