Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

20) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan prestasi program Tuisyen Rakyat Selangor pada tahun 2008 sehingga kini

    Prestasi Program Tuisyen Rakyat Selangor dinilai dengan purata keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia berdasarkan 5 tahun yang terkini seperti berikut :

    Mata pelajaran Gred A B C D E G
    Bahasa Melayu
    36.3%
    37.4%
    18.3%
    5.2%
    2.5%
    0.3%
    Bahasa Inggeris
    6.6%
    17.9%
    25.1%
    27.6%
    15.5%
    7.2%
    Sejarah
    19.5%
    27.2%
    30.9%
    13.4%
    7%
    2%
    Matematik
    23.2%
    19.2%
    22.8%
    17.9%
    11.1%
    5.9%

    Berdasarkan analisa di atas didapati bahawa jumlah pelajar yang lulus bagi semua mata pelajaran agak baik dan jumlah pelajar yang mendapat gred gagal agak minima. Syarat wajib lulus mata pelajaran untuk layak mendapat sijil SPM adalah mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Berdasarkan graf ini juga didapati jumlah peratusan pelajar yang lulus bagi mata pelajaran ini agak tinggi jika dibandingkan dengan jumlah pelajar yang gagal. Oleh itu sebagai rumusan PTRS sedikit sebanyak telah membantu pelajar yang lemah atau sederhana ini sekurang-kurangnya layak untuk mendapat sijil SPM.

  2. Apakah kerajaan akan menggunakan kaedah baru untuk perlaksanaan program Tuisyen Rakyat Selangor?

    Kerajaan Negeri akan menggunakan kaedah baru pelaksanaan Program Tuisyen Rakyat Selangor dengan melibatkan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah Selangor dan pihak sekolah. Taklimat penuh akan diadakan kepada Ahli-ahli Dewan Negeri pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Lampiran

Tiada Lampiran.