Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
143) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan yang dibelanjakan untuk program tuisyen percuma tersebut?
Jumlah peruntukan bagi pelaksanaan Program Tuisyen Rakyat Selangor tahun 2020 adalah sebanyak RM10 juta yang merupakan sumbangan penuh daripada anak-anak syarikat yang terdiri daripada Menteri Besar Incoporated (MBI), Kumpulan Peransang Berhad (KPS), Kumpulan Semeta Sdn Bhd dan SRM Sdn Bhd.
-
Adakah bagi pelajar miskin atau kurang berkemampuan diluar bandar mengikut DUN diberikan kelebihan peruntukan dari segi jumlah kuota pelajarnya?
Pemilihan pelajar dilaksanakan oleh pihak sekolah. Bagi sekolah yang mempunyai bilangan jumlah pelajar yang kurang berkemampuan akan diberikan kuota yang lebih.