Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
273) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pelajar yang mengikuti PTRS ini di DUN Bukit Melawati bagi tahun 2024?
Berikut adalah jumlah pelajar yang mengikuti Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) di kawasan DUN Bukit Melawati bagi tahun 2024 :-
NO SEKOLAH BIL. PELAJAR TERIMA MODUL PTRS BIL. PELAJAR MENYERTAI KELAS TUISYEN PTRS 1 SMK Seri Tanjung 209 35 2 SMK Kuala Selangor 260 35 Jumlah Keseluruhan 469 70 *Nota tambahan : Terdapat satu buah sekolah lagi di kawasan DUN Bukit Melawati iaitu SM Sains Kuala Selangor. Namun begitu sekolah ini tidak terlibat di dalam PTRS.
-
Sejauh manakah program PTRS ini berkesan di kawasan DUN Bukit Melawati pada Tahun 2024?
PTRS di kawasan DUN Bukit Melawati telah terbukti berdasarkan kepada perbandingan di antara peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan percubaan SPM dan peperiksaan SPM pada tahun 2023/2024.
Berikut dilampirkan keputusan peperiksaan Tingkatan 5 tahun 2023 bagi sekolah di kawasan DUN Bukit Melawati yang melaksanakan kelas tuisyen PTRS :-
- Peperiksaan Pertengahan Tahun 2023
NO SEKOLAH PENCAPAIAN – % LULUS PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2023 BM EN SEJ MT SC ADD MT 1 SMK Seri Tanjung 94.30% 91.40% 77.10% 34.30% 77.30% 37.50% 2 SMK Kuala Selangor 100.00% 100.00% 100.00% 100.00% 100.00% 67.50% - Percubaan SPM 2023
NO SEKOLAH PENCAPAIAN – % LULUS PERCUBAAN SPM 2023 BM EN SEJ MT SC ADD MT 1 SMK Seri Tanjung 94.30% 94.30% 80.00% 20.00% 81.20% 13.30% 2 SMK Kuala Selangor 100.00% 100.00% 100.00% 100.00% 100.00% 56.60% - Peperiksaan SPM 2023
NO SEKOLAH PENCAPAIAN – % LULUS PEPERIKSAAN SPM 2023 BM EN SEJ MT SC ADD MT 1 SMK Seri Tanjung 100.00% 97.00% 100.00% 82.80% 95.00% 65.00% 2 SMK Kuala Selangor 100% 100% 100% 100% 100.00% 56.40% Nota Mata Pelajaran :-
BM : Bahasa Melayu
EN : Bahasa Inggeris
SEJ : Sejarah
MT : Matematik
SC : Sains
ADD MT : Matematik Tambahan
-
Apakah kaedah kerajaan negeri dalam menangani masalah capaian internet di kawasan tertentu bagi membolehkan para pelajar dapat mengakses PTRS ini tanpa sebarang halangan?
Pada tahun 2023, MBI pernah menganjurkan program yang dinamakan Data Internet Selangor (DIS). Program ini telah memberikan simkad beserta data secara percuma kepada pelajar-pelajar yang terlibat di dalam PTRS. Program ini telah membantu pelajar yang menghadapi masalah untuk mengakses internet secara percuma.
Selain itu, terdapat perpustakaan-perpustakaan awam negeri di bawah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) yang mempunyai liputan internet. Para pelajar boleh mengakses internet di perpustakaan tersebut.