Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
7) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa banyak peruntukan yang telah diluluskan dan dibelanjakan dalam Program Tuisyen Rakyat Selangor sejak ianya dilancarkan pada tahun 2009 mengikut DUN?
Peruntukan yang telah diluluskan pada setiap tahun bermula 2009 adalah sebanyak RM 3.45 Juta dan peruntukan ini dibahagikan sama rata kepada 56 Dun. Walau bagaimanapun, Dun Kampung Tunku telah tidak menggunakan peruntukan tersebut dan peruntukan yang telah diberikan itu telah dikongsikan bersama Dun Sungai Panjang dan Dun Pelabuhan Klang yang memerlukan peruntukan tambahan disebabkan bilangan pelajar yang ramai.
-
Berikan bilangan pelajar yang telah menerima manfaat dalam program ini dan adakah kerajaan akan menambah bilangan mata pelajaran demi menjadikan PTRS lebih menarik kepada pelajar-pelajar?
Jumlah pelajar yang telah menerima manfaat dalam program ini sejak tahun 2009 sehingga 2011 adalah sebanyak 13,417 orang. Berikut adalah bilangan pelajar yang mengikuti Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) mengikut Dun.
BILANGAN PELAJAR BIL NAMA KAWASAN (DUN) 2009 2010 2011 1 HULU BERNAM 100 104 93 2 KUALA KUB BARU 100 65 34 3 RAWANG 100 100 100 4 BATANG KALI 80 50 90 5 TAMAN TEMPLER 100 90 58 6 BATU CAVES 85 65 79 7 BUKIT ANTARABANGSA 100 100 122 8 GOMBAK SETIA 85 88 77 9 HULU KLANG 75 45 102 10 LEMBAH JAYA 89 75 90 11 KAJANG 100 70 30 12 CEMPAKA 68 53 20 13 SEMENYIH 95 160 116 14 TERATAI 85 35 154 15 DUSUN TUA 95 130 76 16 DENGKIL 35 100 90 17 BALAKONG 100 90 68 18 BANGI 100 95 39 19 SRI KEMBANGAN 75 65 95 20 SRI SERDANG 100 65 38 21 KINRARA 80 60 53 22 DAMANSARA UTAMA 100 89 17 23 BUKIT LANJAN 50 – 100 24 TANJUNG SEPAT 100 100 100 25 SIJANGKANG 100 100 100 26 TELOK DATOK 100 104 100 27 MORIB 100 100 98 28 SUNGAI PELEK 100 100 85 29 SG AIR TAWAR 40 96 99 30 SABAK 75 90 100 31 SUNGAI PANJANG 60 100 140 32 SEKINCHAN 79 72 83 33 SUNGAI BURONG 100 100 100 34 PERMATANG 48 45 50 35 BUKIT MELAWATI 100 100 100 36 IJOK 100 100 100 37 JERAM 100 100 120 38 KUANG 93 82 98 39 SUBANG JAYA 12 27 20 40 SERI SETIA 50 90 80 41 TAMAN MEDAN 95 100 92 42 BUKIT GASING 8 20 46 43 KAMPUNG TUNKU – – – 44 PAYA JARAS – 44 100 45 KOTA DAMANSARA 70 79 77 46 KOTA ANGGERIK 70 100 100 47 BATU TIGA 100 100 85 48 MERU 100 100 130 49 SEMENTA 100 100 100 50 SUNGAI PINANG 51 50 49 51 SELAT KLANG 89 98 100 52 PELABUHAN KLANG – 62 158 53 PANDAMARAN 51 42 53 54 KOTA ALAM SHAH 57 88 30 55 SERI ANDALAS 74 57 42 56 SRI MUDA 100 100 100 JUMLAH KESELURUHAN 4333 4508 4576 Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor buat masa ini tidak bercadang untuk menambah bilangan matapelajaran sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam Program Tuiyen Rakyat Selangor (PTRS), dan ini juga disebabkan oleh peruntukan yang terhad. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor dengan kerjasama Yayasan Selangor telah mengambil inisiatif dengan mengadakan program tambahan khusus untuk matapelajaran Matematik Tambahan bagi meningkatkan pencapaian keputusan pelajar dalam matepelajaran tersebut.