Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

150) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapa selepas 5 tahun PTRS beroperasi, masalah pembay

    Operasi PTRS telah dilaksanakan melalui Pengurus yang dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk tempoh selama dua tahun iaitu pada tahun 2011sehingga 2012. Berhubung dengan pembayaran, Kerajaan Negeri telah menyalurkan pembayaran kepada guru-guru, koordinator, melalui Pengurus yang dilantik. Berdasarkan maklumbalas yang telah diterima, tiada sebarang masalah pembayaran yang berlaku, dan proses pembayaran akan dilaksanakan sebaik sahaja, pihak Kerajaan Negeri menerima tuntutan daripada pihak pengurus.

  2. Apakah penambahbaikan yang dilakukan bagi memastikan ramai pelajar berjaya dalam pelajaran dan lebih ramai dapat dibantu?

    Beberapa penambahbaikan telah dilakukan bagi memastikan ramai pelajar yang berjaya di dalam pelajaran dan lebih ramai dapat dibantu , antaranya ialah :

    • Melaksanakan promosi penyertaan peserta          PTRS seawal bulan Disember, pada tahun sebelum pelaksanaan.
    • Melaksanakan ujian penilaian prestasi pelajar.
    • Penambahbaikan kualiti nota pelajar yang dilaksanakan dari semasa ke semasa
    • Mengadakan mesyuarat bersama coordinator sekurang-kurangnya sebulan sekali.
    • Mengadakan program-program tambahan seperti, Program Successful Intelligence, Pecutan Terakhir dan Solat Hajat Perdana, sebelum peperikasaan SPM berlangsung.
    • Mendapatkan kerjasama yang sepadu bersama ADUN setempat, bagi memantau keberkesanan pelaksanaan PTRS

Lampiran

Tiada Lampiran.