Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
247) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah penambahbaikan kepada Program Tuisyen Rakyat Selangor sejak ia dimulakan?
- Penambahbaikan Program Tuisyen Rakyat Selangor yang telah dilaksanakan antaranya ialah :
Menaikkan elaun Koordinator Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dari RM1250.00 kepada 1500.00
Menaikkan elaun guru dari RM40 kepada RM50.00 bagi satu
- Pembayaran elaun guru dibuat secara terus bagi memastikan keberkesanan kos atau cost effective .
- Time frame ditetapkan di dalam proses pembayaran elaun iaitu selama 10 hari selepas tuntutan diterima.
-
Bagaimanakah mengatasi masalah kelewatan pembayaran elaun Koordinator PTRS dan guru-guru yang mengajar?
Kaedah yang telah dilaksanakan bagi mengatasi masalah kelewatan pembayaran antaranya ialah :
- Menetapkan tempoh masa pelaksanaan pembayaran iaitu dua minggu selepas tuntutan
- Melaksanakan pemantauan pembayaran bersama dengan pihak unit Kewangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan semua pihak yang terlibat dengan pembayaran PTRS menerima bayaran pada masa yang sepatutnya;
- Melaksanakan pemantauan yang lebih terperinci berkenaan dokumen yang dikemukakan oleh KPMI PTRS menepati kehendak Unit Kewangan.
-
Apakah statistik pencapaian pelajar-pelajar yang mengikuti PTRS berbanding sebelumnya?
Statistik pencapaian peserta PTRS yang terkini iaitu pada tahun 2014 seperti berikut :
SUBJEK/GRED A B C D E G BAHASA MELAYU 22%
21.7%
10.52%
3.1%
0.3%
0%
BAHASA INGGERIS 2.9%
10.2%
16.8%
19%
5.7%
0.9%
MATEMATIK
10.3%
12.48%
14.7%
19.09%
7.5%
2.25%
SEJARAH
14.2%
20.7%
14.2%
6.1%
2.1%
0.75%