Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

216) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah perbelanjaan bagi Program Tuisyen Rakyat Selangor dari tahun 2010 hingga 2015?

    Jumlah perbelanjaan bagi Program Tuisyen Rakyat dari tahun 2010 sehingga 2015 adalah seperti berikut :

    BIL TAHUN JUMLAH PERUNTUKAN (RM)
    1 2010 2,716,200.54
    2 2011 2,766,500.55
    3 2012 2,766,500.55
    4 2013 3,499,999.84
    5 2014 3,499,999.84
    6 2015 3,499,999.84
     

    JUMLAH KESELURUHAN (RM)

     

     

    18,749,201.16

     

  2. Berapakah jumlah pelajar yang mengikuti Program Tuisyen Rakyat Selangor mengikut pecahan kaum?

    Jumlah pelajar yang mengikuti Program Tuisyen Rakyat Selangor tidak dapat disediakan mengikut kaum. Namun begitu jumlah pelajar mengikut tahun adalah seperti berikut:

    BIL TAHUN BILANGAN PENERIMA MANFAAT
    1 2010 4,499
    2 2011 4,526
    3 2012 4,827
    4 2013 3,966
    5 2014 3,650
    6 2015 4033
     

    JUMLAH KESELURUHAN

     

     

    25,501

  3. Berapakah peratus keberkesanan Program Tuisyen Rakyat Selangor di sepanjang dijalankan?

    Keberkesanan Program Tuisyen Rakyat secara umum dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Bagi tahun 2015 analisa keputusan peperiksaan SPM untuk 4 mata pelajaran di dalam Program Tuisyen Rakyat adalah seperti berikut:

    SUBJEK/GRED A B C D E G
    BAHASA MELAYU  

    22%

     

    21.7%

     

    10.52%

     

    3.1%

     

    0.3%

     

    0%

    BAHASA INGGERIS  

    2.9%

     

    10.2%

     

    16.8%

     

    19%

     

    5.7%

     

    0.9%

     

    MATEMATIK

     

    10.3%

     

    12.48%

     

    14.7%

     

    19.09%

     

    7.5%

     

    2.25%

     

    SEJARAH

     

    14.2%

     

    20.7%

     

    14.2%

     

    6.1%

     

    2.1%

     

    0.75%

    Secara umumnya didapati kebanyakan pelajar PTRS lulus di dalam peperiksaan SPM dan layak untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.