Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

142) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkara yang disediakan oleh PTRS untuk setiap pelajar selain buku nota? Nyatakan kos penyediaan buku nota setiap bulan/tahun?

    Setiap pelajar Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) akan menerima buku nota setiap bulan yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kos penyediaan buku nota tersebut dianggarkan sebanyak RM400,000 setahun yang akan dibekalkan kepada 5,600 pelajar bersamaan 100 pelajar bagi setiap DUN.

    PTRS turut menyediakan pelbagai program tambahan untuk para pelajar selain buku nota di antaranya ialah:

    • Program SuccesfulIntelligence iaitu program smartlearning atau belajar secara pintar yang diadakan pada sesi awal pelaksanaan; dan

     

    • Program pecutan akhir iaitu sebuah program yang disediakan untuk para pelajar membuat persediaan akhir sebelum menghadapi peperiksaan. Di dalam program ini para pelajar akan dibekalkan dengan kaedah dan teknik menjawab peperiksaan dengan tepat
  2. Apakah elaun yang diterima dan skop kerja Koordinator Pembangunan Modal Insan (KPMI)?

    KPMI menerima elaun sebanyak RM1,500 sebulan dan skop kerja KPMI adalah seperti berikut:

     

    • bertanggungjawab kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor;

     

    • memastikan bilangan pelajar mencukupi bagi mengikuti program ini (100 orang pelajar SPM setiap DUN);

     

    • mendapatkan guru berpengalaman, berkelayakan, dan berdedikasi bagi membantu menyempurnakan program ini;

     

    • memastikan guru-guru dilantik dapat hadir tepat pada waktu tuisyen seperti yang dijadualkan dengan menghubunginya 1 atau 2 hari sebelum kelas berlangsung;

     

    • memastikan kehadiran guru dan pelajar direkod dan dilaporkan kepada pihak penyelaras pada minggu berikutnya;

     

    • mendapatkan tempat tuisyen yang sesuai dengan memastikan prasarana mencukupi untuk menjalankan kelas tuisyen;

     

    • menyelaras program-program sokongan PTRS di peringkat kawasan Dewan Negeri dan Negeri Selangor;

     

    • bertanggungjawab mengatur lawatan Ahli Dewan Negeri atau Pegawai Penyelaras kawasan Dewan Negeri ke pusat-pusat PTRS sekurang- kurangnya dua kali sepanjang program;

     

    • menguruskan peruntukan sebanyak RM500 sebulan bagi membayar sewa premis pusat tuisyen, peralatan, alat tulis dan lain-lain perbelanjaan berkaitan yang diperlukan sepanjang tempoh program;

     

    • menyediakan laporan mingguan dan bulanan pada 5hb pada setiap bulan kepada Urus Setia di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor;

     

    • menghantar laporan ujian prestasi PTRS dan Keputusan SPM peserta PTRS kepada Kerajaan Negeri;

     

    • menguruskan pembayaran Elaun guru, nota dan premis PTRSdengan pihak Kerajaan Negeri Selangor, pada setiap bulan;

     

    • KPMI juga perlu menyelaras dan melaksana program-program di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi Negeri Selangor dan agensi-agensi di bawahnya seperti Program Insan, Program Jelajah Generasi Idaman Selangor, Program Bakti siswa dan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.