Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

59) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perbelanjaan keseluruhan bagi PTRS untuk 2015-2017 per capita (perbelanjaan dibahagikan dengan bilangan pelajar)?

    Jumlah keseluruhan perbelanjaan bagi PTRS untuk 2015-2017 per kapita adalah sebanyak RM642.00 setahun dengan anggaran jumlah pelajar maksimum adalah sebanyak 16,800 orang bagi tahun 2015-2017.

  2. Adakah Kerajaan berpuas hati dengan hasil (outcome) program ini dan apa sebabnya?

    Secara keseluruhan Kerajaan Negeri berpuas hati dengan (outcome) program ini berdasarkan peratus pencapaian keputusan peperiksaan sebenar para Berdasarkan analisis pencapaian SPM bagi mata pelajaran yang ditawarkan dalam Program Tuisyen Rakyat Selangor jumlah pelajar yang lulus dalam 4 mata pelajaran tersebut adalah sebanyak 82.8% dibandingkan dengan jumlah pelajar yang mendapat gred G atau gagal iaitu sebanyak 17.12%. Namun begitu penambahbaikan berterusan perlu dilaksanakan dengan penglibatan daripada pelbagai pihak dalam menjayakan PTRS.

  3. Apakah bandingan kos jika pelajar berkelayakan diberi voucher untuk menghadiri kelas tuisyen swasta?

    Kerajaan Negeri akan membuat kajian berhubung isu ini. Berdasarkan peruntukan yang telah diberikan Kerajaan Negeri perlu membelanjakan sebanyak RM80.00 sebulan untuk setiap pelajar bagi 4 buah mata pelajaran dalam tempoh masa selama 5 jam seminggu. Jika dibandingkan dengan sebahagian pusat tuisyen sedia ada kos untuk 4 buah mata pelajaran SPM adalah sebanyak RM180.00 sebulan.

    Selain itu PTRS juga merupakan antara usaha Kerajaan Negeri untuk mengupayakan pusat-pusat komuniti rakyat dengan untuk dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.