Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

244) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan status terkini program pusat tuisyen rakyat Selangor bagi tahun 2020?

    Status terkini Program Tuisyen Rakyat Negeri Selangor bagi tahun 2020 adalah diteruskan pelaksanaannya tetapi perlu mematuhi garis panduan pencegahan Covid-19 yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara. Tumpuan kini diberikan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang telah ditangguhkan pada bulan Januari 2021.

  2. Bagaimanakah hasil dan impak kepada pelajar yang menyertai tuisyen rakyat Selangor?

    Berdasarkan analisis pencapaian keputusan SPM 2019 secara umumnya terdapat peningkatan pada peratusan lulus bagi semua mata pelajaran PTRS yang ditawarkan. Manakala jumlah pelajar yang gagal bagi setiap mata pelajaran yang terlibat mengalami penurunan.

  3. Berapakah kadar peningkatan kemajuan murid yang mengikuti tuisyen rakyat ini melalui keputusan peperiksaan mengikut DUN dalam Negeri Selangor?

    Kadar kemajuan murid yang menyertai PTRS jika dibandingkan sebelum dan selepas peperiksaan SPM adalah seperti berikut :

    Bagi Mata pelajaran Bahasa Melayu peratusan pelajar yang lulus meningkat kepada 19% jika dibandingakan sebelum dan selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Manakala perratusan pelajar yang gagal dan tidak hadir dapat dikurangkan sebanyak 19%. Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris jumlah pelajar yang gagal dan tidak hadir dapat dikurangkan sebanyak 21%. Manakala bagi jumlah pelajar yang lulus mengalami peningkatan sebanyak 21.6% jika dibandingkan sebelum SPM dengan peperiksaan sebenar.

    Bagi mata pelajaran Matematik jumlah pelajar yang lulus telah dapat ditingkatkan kepada 45% mankala jumlah pelajar yang gagal dapat dikurangkan sebanyak 45%. Seterusnya bagi mata pelajaran Sains dan Sejarah, pertusan pelajar yang lulus juga meningkat iaitu masing-masing sebanyak 27% dan 26% mankala jumlah pelajar yang gagal dapat dikurangkan masing-masing sebanyak 27% dan 26%. Jumlah pelajar yang layak mendapat sijil iaitu lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah turut mengalami peningkatan iaitu sebayak 45% untuk kedua-dua mata pelajaran ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.