Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
203) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan di dalam Program Tuisyen Rakyat Selangor pada tahun 2009 dan 2010?
Bermula tahun 2009, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah proaktif dengan meluluskan peruntukan sebanyak RM 3.45 Juta kepada Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor bagi melaksanakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS). Program ini mensasarkan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berasal daripada keluarga berpendapatan kurang RM 1500.00. Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dijalankan di seluruh Negeri Selangor mengikut kawasan (56 DUN) dengan setiap kawasan diberi kuota sebanyak 100 tempat sahaja. Perincian peruntukan bagi melaksanakan program ini seperti berikut:
Jadual 1 : Jumlah peruntukan yang dibelanjakan pada tahun 2009 dan 2010
Nama Program Tahun Jumlah Peruntukan Yang Dibelanjakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS)
2009 RM 3.45 Juta 2010 RM 3.45 Juta Jumlah keseluruhan RM 6.9 Juta -
Berapa ramaikah pelajar yang telah mengambil bahagian?
Jadual 2 : Jumlah pelajar yang menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) pada 2009 dan 2010
Nama Program Tahun Jumlah Pelajar Yang Mengambil Bahagian
Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) 2009 4333 orang 2010 4508 orang Jumlah keseluruhan 8841 orang -
Apakah keberkesanan program ini kepada pelajar-pelajar?
- Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) merupakan program tuisyen percuma yang ditawarkan kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh Negeri Selangor. Pelajar yang terlibat adalah berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang sederhana. Setiap kawasan (DUN) diperuntukkan seramai 100 orang pelajar yang menyertai program ini.
KONSEP PROGRAM
Selain kelas tuisyen percuma, program ini turut dilaksanakan secara pakej di mana di dalam program ini, turut mengandungi Program Keibubapaan, Program Smart Learning, Program Pecutan Akhir, Bengkel SPM Perdana, Solat Hajat Perdana dan SPIES Remaja. Para pelajar turut dibekalkan buku nota khas secara percuma.
Keberkesanan program ini kepada pelajar dapat dilihat melalui aktiviti yang dilaksanakan di dalam Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), iaitu:
i) Program Keibubapaan
Program ini melibatkan pelajar dan ibu-bapa. Ia memberi manfaat kepada pelajar dan ibu bapa di mana program ini menekankan aspek menghormati ibu bapa dalam menuntut ilmu.
ii) Program Smart Learning
Program Smart Learning dilaksanakan mengikut zon, di mana setiap zon digabungkan 5 hingga 6 kawasan (DUN). Program ini dilaksanakan pada suku tahun pertama. Pengisiannya lebih menekankan kepada aspek cara pembelajaran dengan betul dan berkesan.
iii) Program Pecutan Akhir
Program Pecutan Akhir dilaksanakan mengikut zon, di mana setiap zon digabungkan 5 hingga 6 kawasan (DUN). Program ini dilaksanakan pada akhir suku ketiga. Pengisiannya lebih menekankan kepada persediaan akhir para pelajar bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
iv) Bengkel Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Perdana
Bengkel Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Perdana diadakan sebulan sebelum bermula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bengkel ini melibatkan semua pelajar Tuisyen Rakyat di seluruh Negeri Selangor. Pengisian program adalah menekankan teknik menjawab soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui empat (4) subjek teras Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.
v) Solat Hajat Perdana
Solat Hajat Perdana adalah dikhaskan untuk pelajar beragama Islam sahaja. Objektif menganjurkan program ini adalah mendekatkan pelajar dengan masjid serta memberi penerangan kepada pelajar berkenaan kepentingan hubungan dengan Tuhan ketika memerlukan pertolongan dari-NYA. Program ini penting memandangkan pelajar-pelajar Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) adalah pelajar yang bukan sahaja lemah dari sudut pelajaran malah lemah spritualnya.
vi) SPIES Remaja (SPIES pelajar PTRS)
Program SPIES Remaja dikhususkan khas untuk pelajar yang menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) sahaja. Pembentukan jati diri yang kukuh juga merupakan agenda terpenting dalam melaksanakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) di Negeri Selangor.