Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
228) PROGRAM TUISYEN RAKYAT (IPR 8)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah peserta dan perbelanjaan IPR8 dari 2014-2016 mengikut bangsa.
Jumlah peserta dan perbelanjaan IPR 8 dari tahun 2014 sehingga 2016 seperti berikut :
BIL. TAHUN JUMLAH PESERTA (ORANG) JUMLAH PERBELANJAAN (RM)
1 2014 3650
RM3,499,999.84
2 2015 4033
RM3,499,999.84
3 2016 4228
RM2,377,041.00
JUMLAH KESELURUHAN 11911 RM9,377,040.68
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri mengukur keberkesanan IPR 8?
- Kerajaan Negeri mengukur keberkesanan IPR 8 berdasarkan kaedah berikut :
Berdasarkan keputusan peperiksaan SPM yang sebenar khususnya untuk empat (4) mata pelajaran yang ditawarkan; dan
Melalui operasi atau pelaksanaan program ini sendiri daripada aspek pentadbiran, pelaksanaan dan kepuasan pelanggan (pelajar)