Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
88) PROGRAM TUISYEN PERCUMA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah pelajar yang mengikuti program tuisyen percuma mengikut kaum dari tahun 2012-2015.
Pentadbiran ini tidak mempunyai data jumlah pelajar Program Tuisyen Rakyat Selangor mengikut kaum. Namun begitu berikut dinyatakan jumlah pelajar Program Tuisyen Rakyat Selangor bagi tahun 2012 sehingga 2015 seperti berikut:-
Tahun Jumlah Pelajar 2012 4,827 2013 3,966 2014 3,590 2015 4,096 -
Nyatakan jumlah vendor yang dilantik dan lokasi program ini dijalankan.
Jumlah vendor yang dilantik untuk melaksanakan Program Tuisyen Rakyat Selangor pada tahun ini hanya sebuah syarikat sahaja iaitu membekal perkhidmatan menyediakan nota Program Tuisyen Rakyat Selangor. Lokasi program ini dijalankan adalah di seluruh Negeri Selangor di setiap kawasan Dewan Negeri sebagaimana yang dinyatakan di dalam lampiran
-
Nyatakan jumlah permohonan yang diluluskan dan ditolak dari tahun 2012-2015.
Jumlah permohonan yang diluluskan dari tahun 2012 sehingga 2015 adalah sebanyak 16,479 orang dan tiada permohonan yang