Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

19) PROGRAM TERJAH DENGGI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh mana program terjah denggi ini dapat mengurangkan kadar penyakit denggi di Selangor?

    Program Gotong-Royong Mega: Terjah & Musnah Aedes Negeri Selangor 2014 telah di adakan pada 16 November 2014 manakala, Program Terjah & Musnah Aedes Daerah Petaling telah di adakan pada 7 Februari 2015 . Y.A.B Dato‟ Menteri Besar Selangor bersama semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah bersama-sama turun padang bagi melaksanakan program ini.

    Strategi utama program ini adalah meningkatkan kesedaran awam dan aktiviti “cari dan musnah” kawasan potensi pembiakan nyamuk di dalam dan di luar rumah oleh setiap individu serta masyarakat.

    Keberkesanan Program ini dapat dilihat melalui statistik kes denggi mingguan yang semakin menurun setelah program ini di jalankan pada 7 Februari 2015 khususnya di daerah Petaling.

      31

    Dis 14

    10-

    Jan

    -15

    31-

    Jan-

    14

    7-

    Feb-

    15

    14-

    Feb-

    15

    21-

    Feb-

    15

    28-

    Feb-

    15

    7-

    Mar-

    15

    14-

    Mar-

    15

    21-

    Mar-

    15

     

    Petaling

     

    751

     

    657

     

    1025

     

    955

     

    917

     

    883

     

    736

     

    778

     

    599

     

    547

     

  2. Apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk mengawal wabak denggi?

    Untuk makluman ahli-ahli yang berhormat, rancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk mengawal wabak denggi di Negeri Selangor adalah seperti berikut:-

    Rancangan jangka pendek:

    • Meningkatkan langkah-langkah kawalan tempat pembiakan melalui
      • semburan kabus termal
      • semburan kabus ULV
      • membunuh jentik-jentik (larvaciding)
    • Meningkatkan aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan
    • Meningkatkan aktiviti Penguatkuasaan Rancangan jangka panjang:
    • MenubuhkanJawatankuasa Tindakan Kawalan Denggi Negeri yang dipengerusikan oleh YB Exco Kesihatan, YB Pn Dr. Daroyah bt Alwi yang bermesyuarat setiap 2 kali sebulan bagi membincangkan masalah dan langkah kawalan terbaik dalam kawalan
    • Pembentukkan Task Force Denggi diperingkat PBT yang melibatkan pelbagai Jabatan berkaitan di PBT mengerakkan aktiviti kawalan Denggi yang lebih berkesan
    • Menyediakan Pelan Tindakan Selangorku Bebas Denggi 2015 iaitu Program „Terjah & Musnah Aedes‟ yang menitikberatkan aktiviti pencegahan di kawasan-kawasan yang berisiko untuk diperiksa
    • Memperkukuhkan „maintenance culture‟ agar masyarakat sentiasa peka terhadap persekitaran sekeliling agar sentiasa bersih dan bebas daripada tempat pembiakan nyamuk aedes
    • Meletakkan tanggungjawab „accountability‟ kepada ketua jabatan / agensi/ CEO berkaitan kebersihan premis dan bebas daripada tempat pembiakan nyamuk aedes
    • Menitiberatkan mengenai kebersihan alam sekeliling
    • Memperkasa masyarakat setempat dengan pelbagai program kesedaran mengenai bahaya denggi dan cara mengatasinya

     

    PBT Program/ Projek Khas PBT
    MBPJ Search & Destroy Aedes Ranger – SEDAR
    MBSA ADVOKASI dan

    „Task Force‟ Denggi MBSA

    MPSJ Kajian Nyamuk Toxo
    MPK a)      Program kebersihan bersama ADUN dan Ahli Majlis.

    b)      Program Gerak Gempur Aedes bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

    c)       Program Cikgu Ku Cantik di peringkat sekolah.

    d)      Risalah pelbagai bahasa

    MPSP a)      Dengue Action Community-DAC.

    b)      Dengue Action Kids-DAK

    c)       Bas Sekolah Tanpa Aedes – BATAS

     

  3. Berapa jumlah saman salah laku denggi, senaraikan mengikut PBT?

    Jumlah salah laku denggi mengikut PBT adalah seperti berikut: Bagi tahun 2014 :-

     

    PBT

     

    Notis

     

    Kompaun

    MBSA 7 623
    MBPJ 1501 801
    MPK 3 85
    MPAJ 108 36
    MPS 216 132
    MPSJ 227
    MPKJ 138 28
    MPSP 10
    MDKL 8
    MDKS 34 48
    MDHS 16 20
    MDSB 1 72
    JUMLAH 2034 2080

    Manakala bagi tahun 2015 (sehingga epid 10 – 14 mac 2015)

    PBT Notis  

    Kompaun

     

    Arahan Tutup

    MBSA 125 207 1
    MBPJ 52 114 4
    MPK 27
    MPAJ 31
    MPS 97 31 1
    MPSJ 179 38
    MPKJ 33 22 12
    MPSP
    MDKL 2
    MDKS 9
    MDHS 8
    MDSB
    JUMLAH 536 439 18

Lampiran

Tiada Lampiran.