Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

176) PROGRAM TAWAS

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah permohonan TAWAS?

    Berikut merupakan status jumlah permohonan TAWAS sehingga 27 Oktober 2009.

     

    Jumlah pendaftaran diterima:                                 

     

    Jumlah yang belum disemak:

                  15293  
    Permohonan di kaunter     189    
    Permohonan ‘online’  (menunggu dokumen)

     

    Jumlah yang telah disemak:                         

        692     881  
    Permohonan yang layak 12746    
    Permohonan yang layak tetapi tidak lengkap dokumen   1004    
    Permohonan tidak layak

                 

     

        662 14412  
    Jumlah Keseluruhan                                                                15293 15293

     

     

    Secara ringkasnya, jumlah permohonan TAWAS sehingga 27 Oktober 2009 adalah sebanyak 15,293 permohonan.

  2. Apakah masalah-masalah yang dihadapi dalam perlaksanaan program TAWAS?

    Masalah utama yang dihadapi adalah untuk mendapat maklum balas ibu bapa atau penjaga bagi mendaftarkan anak-anak mereka yang layak dalam Program TAWAS ini. Ianya mungkin adalah disebabkan oleh kurangnya minat dan sikap tidak peduli masyarakat terhadap program ini. Selain itu, sebaran maklumat yang tidak meluas mengenai skim ini juga turut menjadi salah satu sebab mengapa ramai ibu bapa tidak sedar akan kewujudan skim ini.

     

    Berdasarkan kepada laporan statistik kelahiran, Selangor dianggarkan mencatat sebanyak 85,000 kelahiran baru setahun . Walau bagaimanapun, apabila ditapis oleh syarat kelayakan TAWAS telah menjadikan jumlah yang layak dan cukup syarat adalah kurang dari jumlah laporan statistik berkenaan.

  3. Berapakah peruntukan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk tabung TAWAS bagi tahun 2009?

    Keseluruhan jumlah peruntukan termasuk kos operasi adalah sebanyak RM 13.5 juta di mana peruntukan yang diberikan oleh kerajaan Negeri Selangor untuk Program TAWAS adalah sebanyak RM 8.5 juta berdasarkan kepada laporan statistik kelahiran tahunan iaitu sebanyak 85,000 kelahiran setahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.