Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
229) PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah sumbangan yang telah dikeluarkan oleh pihak MBI bagi Program CSR untuk tahun ini?
Jumlah sumbangan Program CSR MBI (Januari hingga September 2022) adalah sebanyak RM20,831,929.05
-
Apakah kriteria yang ditetapkan bagi melayakkan seseorang atau sesebuah organisasi untuk menerima sumbangan CSR dari pihak MBI?
Bagi dana CSR MBI, pemohon/NGO/Pertubuhan/Agensi Kerajaan/Institusi Pendidikan mestilah beralamat/beroperasi di Selangor serta permohonan yang dibuat adalah mengikut 4 kategori utama berikut :-
- Pendidikan
- Syariat & Syiar Islam
- Pendemokrasian & Pembangunan Komuniti
- Khas (Bencana Alam & Musibah)