Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

44) PROGRAM TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan butiran terperinci sehingga setakat ini, bagaimanakah sambutan rakyat Negeri Selangor terhadap Program Tawas tersebut ?

    Secara keseluruhannya, sambutan rakyat Negeri Selangor terhadap program TAWAS
    adalah menggalakkan. Di awal penubuhan TAWAS, sambutan yang diterima agak
    lembap di mana ramai yang kurang tahu mengenai Skim TAWAS ini.
    Walaubagaimanapun, jumlahnya permohonan yang kami terima untuk setiap bulan telah
    meningkat dari semasa ke semasa di mana secara puratanya permohonan yang
    diterima pada tahun 2008 adalah sebanyak 446 sebulan, 2009 adalah sebanyak 1370
    sebulan dan 2010 adalah sebanyak 1467 sebulan.
    Berikut merupakan rekod jumlah permohonan yang diterima mengikut tahun dari 2008
    hingga 2010:
    Tahun PURATA PENERIMAAN BORANG SEBULAN Jumlah
    November – Disember 2008 446 892
    Januari – Disember 2009 1370 16441
    Januari- Jun 2010 1467 8804
    Jumlah 26137

  2. Sila berikan butiran terperinci mengenai jumlah pendaftaran ahli Tawas sehingga kini mengikut pecahan daerah ?

    Untuk makluman Y.B. buat masa ini laporan pendaftaran ahli TAWAS adalah dalam
    bentuk mengikut pecahan parlimen dan sehingga kini jumlah pendaftaran ahli TAWAS
    yang telah direkod mengikut daerah adalah sebanyak 23,015 orang dan laporannya
    adalah seperti berikut:
    BIL NAMA DAERAH JUMLAH
    1 SABAK BERNAM 1438
    2 HULU SELANGOR 1,247
    3 KUALA SELANGOR 1860
    4 GOMBAK 1616
    5 HULU LANGAT 2025
    6 PETALING 5321
    7 KLANG 5,731
    8 KUALA LANGAT 2,452
    9 SEPANG 881
    10 KUALA LUMPUR 407
    11 LAIN-LAIN 37
    JUMLAH 23015

  3. Terdapat banyak aduan tentang kelewatan memperoleh kad keahlian Tawas sehingga lebih dari setahun. Sila nyatakan apakah punca sebenar permasalahan tersebut dan cara-cara mengatasinya ?

    Punca sebenar permasalahan tersebut ialah kebanyakan kad keahlian TAWAS yang
    telah di pos tidak sampai dan ia telah dikembalikan semula kepada kami kerana
    pemohon telah berpindah atau alamat tidak lengkap. Walaubagaimanapun, kami telah
    mengambil tindakan dengan menghubungi semula ibu bapa berkenaan untuk
    mengesahkan alamat. Namun begitu ada juga ibu bapa pemohon tidak dapat dihubungi
    disebabkan oleh pertukaran no. telefon tanpa memaklumkannya kepada kami.

Lampiran

Tiada Lampiran.