Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
63) PROGRAM SUDSIDI TAMBANG BAS SEKOLAH
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah subsidi tambang bas sekolah,jumlah murid yang dapat daripada tahun 2008-2016 mengikut pecahan daerah.
Program Sumbangan Subsidi Tambang Bas Sekolah adalah satu bentuk program bantuan di bawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pekerja Ladang di mana sumbangan sebanyak RM300.00 diberikan kepada setiap anak pekerja ladang yang membuat permohonan melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah dan sumbangan adalah diberikan secara tunai melalui satu majlis penyerahan. Program Sumbangan Subsidi Tambang Bas Sekolah juga adalah merupakan salah satu daripada Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di mana terbuka kepada mana – mana anak pekerja ladang ataupun bekas pekerja ladang yang bersekolah di Negeri Selangor sahaja. Program ini adalah bertujuan untuk meringankan bebanan penjaga yang terdiri dari kalangan pekerja ladang dalam membiayai sebahagian daripada kos tambang bas anak mereka ke
Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang tiada data khusus berkenaan penerima manfaat di bawah Program Sumbangan Subsidi Tambang Bas Sekolah mengikut daerah kerana program ini adalah terbuka kepada seluruh anak pekerja ladang di Negeri Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa tetap Pekerja Ladang tiada data lengkap berkenaan penerima sumbangan Subsidi Tambang Bas Sekolah dan peruntukan yang telah dibelanjakan dari tahun 2008 sehingga 2009 mengikut daerah. Permohonan yang diterima adalah mengikut Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil). Namun begitu, berikut adalah jadual perbelanjaan dan jumlah anak pekerja ladang yang telah menerima manfaat di bawah program ini dari tahun 2010 sehingga kini :-
TAHUN PENERIMA SUMBANGAN
JUMLAH PERBELANJAAN (RM)
2010 315 orang 94,500.00 2011 254 orang 76,200.00 2013 525 orang 157,500.00 2014 583 orang 174,900.00 2015 1,477 orang 443,100.00 2016 1,203 orang 360,900.00 JUMLAH 3,788 orang 1,307,100.00 -
Adakah skim ini terbuka kepada semua dan apakah syarat-syaratnya?
Seperti yang telah diperjelaskan sebentar tadi, skim bantuan ini hanya terbuka kepada mana – mana anak – pekerja ladang atau bekas pekerja ladang yang bersekolah di Negeri Selangor sahaja. Syarat utama yang dititikberatkan di bawah program ini adalah seperti berikut :-
- Terbuka kepada anak – anak pekerja ladang atau bekas pekerja ladang yang bersekolah di Negeri Selangor dengan pendapatan ibu, bapa atau penjaga mereka adalah di bawah RM1,500.00 sebulan
- Permohonan haruslah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah yang berkenaan
- Seorang pelajar hanya layak menerima sumbangan subsidi dari Kerajaan Negeri Selangor sekali sahaja dalam tempoh satu tahun