Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

66) PROGRAM SUBSIDI KESIHATAN MENTAL

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila terangkan progres pelaksanaan program subsidi kesihatan mental yang diumumkan pada Sidang lepas.

    Untuk makluman Yang Berhormat, kesihatan mental yang baik memberi kesan positif kepada kehidupan seharian. Justeru, pelaksanaan program Selangor Mental Sihat (SEHAT) pada pertengahan tahun 2021 amat bertepatan pada waktunya. Bagi pelaksanaan program subsidi kesihatan mental, ianya akan melibatkan kerjasama di antara Malaysian Psychiatric Association (MPA), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan klinik SELCARE.

    Subsidi ini akan melibatkan 700 sesi konsultasi pesakit yang akan dirujuk kepada pakar psikiatri di bawah MPA. Setakat ini, perbincangan masih berjalan di antara pihak berkepentingan bagi mewujudkan carta alir rujukan pesakit, kriteria pemilihan dan kaedah rujukan yang lebih sistematik.

    Bagi menghasilkan program yang mampan, program ini melibatkan dua teras. Teras pertama melibatkan pemerkasaan perkhidmatan mental di peringkat primer (klinik swasta dan klinik SELCARE) melalui siri-siri pendidikan perubatan berterusan, siri perbincangan kes dan siri bimbingan pengurusan kes kesihatan mental oleh pakar psikiatri. Ini akan membolehkan kes-kes ringan dirawat dan dicegah di peringkat primer tanpa perlu dirujuk kepada pakar. Manakala teras kedua melibatkan subsidi konsultasi pesakit yang perlu dirujuk kepada pakar psikiatri.

Lampiran

Tiada Lampiran.