Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

15) PROGRAM SPIES D’VILLAGE

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah dana yang diperuntukkan setahun bagi setiap kawasan di Selangor untuk menjalankan aktiviti-aktiviti SPIES D'Village?

    Pihak Kerajaan tidak menetapkan jumlah dana bagi setiap kawasan di Selangor untuk pelaksanaan aktiviti SPIES D’Village kerana ianya berdasarkan kepada permohonan dan kesesuaian

  2. Berapakah jumlah peruntukan untuk setiap aktiviti SPIES D'Village?

    Jumlah peruntukan untuk aktiviti SPIES D’Village tidak ditetapkan. Ianya bergantung kepada perancangan dan jenis program yang akan dijalankan

  3. Berapakah jumlah aktiviti SPIES D'Village yang dibenarkan untuk setiap kawasan?

    Jumlah aktiviti SPIES D’Village tidak ditetapkan untuk setiap kawasan. Walau bagaimana pun pihak kerajaan akan membuat penilaian tentang profil setiap kampung yang memohon untuk menjalankan aktiviti SPIES D’Village dan akan meluluskan aktiviti tertentu sahaja yang boleh menyumbang kepada kemajuan sesebuah kampung dan menjadikan kampung tersebut terkenal dalam bidang perniagaan, sukan, pertanian, khidmat masyarakat, seni dan budaya, jahitan, masakan dan lain –

Lampiran

Tiada Lampiran.