Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
22) PROGRAM SPIES D’VILLAGE
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kawasan yang telah menubuhkan AJK SPIES D'Village?
Jumlah kawasan yang telah menubuhkan AJK SPIES D’Village adalah sebanyak 24 kawasan yang melibatkan 24 DUN di Negeri Selangor seperti berikut :
Bil DUN terlibat 1. Sri Andalas 2. Sri Muda 3. Kota Anggerik 4. Sungai Pelek 5. Lembah Jaya 6. Chempaka 7. Jeram 8. Bukit Melawati 9. Sungai Burong 10. Meru 11. Kampung Tunku 12. Bukit Gasing 13. Tanjung Sepat 14. Sekinchan 15. Sijangkang 16. Morib Bil DUN terlibat 17. Hulu Klang 18. Sri Muda 19. Paya Jaras 20. Gombak 21. Pelabuhan Klang 22. Selat Klang 23. Ijok 24. Bangi -
Berapakah jumlah program yang telah diluluskan sejak ianya bermula mengikut pecahan S-P-I- E-S?
Program SPIES D’Village dilaksanakan tidak mengikut pecahan elemen (Spiritual, Physical, Intelek, Emosi dan Sosial) kerana pelaksanaan program SPIES adalah hasil daripada gabungan lima (5) elemen tersebut. Program ini telah dimulakan pada tahun 2013 dan sehingga Mac 2014 sebanyak 67 program telah dilaksanakan. Antara program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut :
- Program SPIES D’ Village Masyarakat;
- Program SPIES D’Village Keluarga;
- Program SPIES D’ Village Remaja;
- Program SPIES D’ Village Belia;
- Program SPIES D’ Village Pimpinan Masyarakat; dan
- Program SPIES D’ Village
-
Berapakah jumlah dana yang telah dibelanjakan mengikut pecahan S-P-I-E-S di masa yang sama?
Dana yang dibelanjakan tidak mengikut pecahan S-P-I-E-S kerana program yang dilaksanakan merangkumi 5 elemen tersebut dan elemen-elemn tersebut bukan suatu yang terpisah. Jumlah dana yang dibelanjakan adalah sebanyak RM 592,474.