Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
157) PROGRAM SPIES
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan terkini mengenai program SPIES dan berapa peratuskah program ini membantu menangani masalah pekerja yang dibuang/diberhentikan akibat masalah ekonomi global?
Perkembangan terkini mengenai program SPIES yang mana ianya masih diteruskan pelaksanaannya bagi mencapai sasaran critical mass iaitu 5 juta atau 30% daripada penduduk Negeri Selangor. Sasaran ini penting bagi membuat perubahan dan anjakan paradigma di kalangan rakyat agar mereka terus yakin dengan kesungguhan pentadbiran kerajaan sekarang dalam membangunkan masyarakat cemerlang di Selangor. Maklumat pelaksanaan program pada tahun 2008 adalah seperti jadual di bawah:
BIL
KATEGORI PESERTA
BILANGAN PROGRAM
JUMLAH PESERTA 1 Kanak – kanak 4 411 2 Belia 23 2303 3 Ibu bapa 6 714 4 Warga Industri 2 160 5 Ketua Kampung 3 330 6 Setiausaha JKKK 2 365 7 Pendidik 7 850 8 Remaja 7 700 9 Mahasiswa 12 1200 10 DUN 1 150 BIL
KATEGORI PESERTA
BILANGAN PROGRAM
JUMLAH PESERTA
11 Pegawai JAIS 2 135 12 Siswa 1K 4 400 13 Pimpinan Pelajar 2 200 JUMLAH 75 7,918
Manakala pada tahun 2009, bermula Januari sehingga 1 November 2009, sebanyak 225 program telah berjaya dilaksanakan dengan melibatkan seramai 20,524 peserta. Maklumat terperinci adalah seperti berikut :
KATERGORI PESERTA BILANGAN PROG RAM
JUMLAH PESERTA Masyarakat 1 60 Belia 71 5939 Alumni SPIES Belia 19 1670 Remaja 37 3733 Alumni SPIES remaja 9 900 SPIES Kepimpinan /Penjawat Awam
33 2391 Ibu bapa 10 2000 Ibu Tunggal 5 397 Pendidik 11 1085 Pelajar IPT 3 253 Alumni SPIES Kepimpinan 1 24 KATERGORI PESERTA BILANGAN PROG RAM
JUMLAH PESERTA SPIES Siswa 7 660 SPIES Siswa 1K 3 132 SPIES AJK Masjid 4 400 SPIES Biro Pemuda (JKKK) 11 880 JUMLAH 225 20,524 Program SPIES bukanlah satu program yang menganjurkan aktiviti berkaitan peluang kerjaya. Walau bagaimanapun program ini dijangka berjaya mewujudkan warga
Selangor yang berintegriti, berkeyakinan, berfikiran positif, inovatif, cekal, sedia hadapi cabaran termasuk masalah ekonomi global.
-
Apakah bentuk program yang dibangunkan secara usaha sama dengan agensi-agensi pekerjaan tertentu bagi membangunkan program modal insan selain dari bantuan mendapatkan pekerjaan baru? (penekanan kepada aspek kemahiran / bidang kritikal)
Program Pembangunan Modal Insan merupakan salah satu agenda penting Kerajaan Negeri bagi memastikan kemajuan negeri dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Oleh itu, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan telah mengambil langkah yang proaktif di dalam merancang dan merangka program bagi membantu masyarakat mendapatkan pekerjaan.
Antara program yang telah dirancang dengan kerjasama Selangor State Investment Centre (SSIC) dan Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) iaitu Program Jelajah Jom Kerja bertujuan untuk :
- Menyediakan peluang kerjaya kepada masyarakat setempat di Negeri Selangor terutamanya golongan belia dan ibu tunggal;
- Membantu syarikat – syarikat yang memerlukan tenaga kerja khususnya di tahap kritikal; dan
- Membantu Kerajaan Negeri Selangor untuk meminimumkan senario gejala sosial.
Selain itu, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seperti INPENS International Kolej, Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) dan Universiti Industri Selangor (UNISEL) juga antara agensi yang membantu pihak Kerajaan Negeri di dalam melahirkan modal insan berkualiti dengan menyediakan pembelajaran yang menekankan aspek kemahiran dan bidang – bidang yang kritikal.
-
Berapa banyakkah syarikat-syarikat GLC / agensi-agensi yang terlibat dan sumbangan mereka di dalam menjayakan program SPIES ini?
Pelaksanaan Program SPIES setakat ini masih belum melibatkan syarikat – syarikat GLC sepenuhnya dan hanya Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sahaja yang telah mengikuti program ini. Hal ini disebabkan pelaksanaan program pada peringkat ini memfokuskan kepada kakitangan kerajaan, remaja, belia, ibu bapa, JKKK, AJK Masjid, pendidik dan pelajar IPT. Antara agensi atau jabatan yang telah terlibat di dalam menjayakan pelaksanaan program SPIES ini ialah semua Pejabat Daerah / Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Institusi dan Pengajian Tinggi (IPT) Selangor dengan melibatkan penyertaan di kalangan pegawai, kakitangan dan pelajar di agensi atau jabatan tersebut.