Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

33) PROGRAM SPIES

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peserta yang telah mengikuti SPIES dari 2008 hingga kini megikut kelompok sasaran.

    Program SPIES bermula 24 Ogos 2008 – Oktober 2012 dan telah melibatkan sebanyak 1,252 sesi kursus dengan penyertaan seramai 101,239 orang seperti berikut :

    SASARAN PESERTA JUMLAH PESERTA 2008 — OKT 2012 JUMLAH (ORANG)
    2008 2009 2010 2011 2012
    1 Remaja / Belia 3,003 11,622 9,426 9,138 10,627 43,816
    2 Penjawat Awam 135 3,217 9,088 5,381 3,139 20,960
    3 Warga Pendidik 850 1,615 3,824 3,413 2,396 12,098
    4 Kanak-Kanak 411 411
    5 Pimpinan

    Masyarakat

    845 1,330 1,403 3,258 1,956 8,792
    6 Keluarga 714 2,200 2,350 1,180 3,935 10,379
    7 Pelajar IPT 1,800 1,376 590 256 551 4,573
    8 Warga Industri 160 160
    9 Warga Emas 50 50
    JUMLAH 7,918 21,410 26,681 22,626 22,604 101,239
  2. Apakah ukuran kejayaaan atau peningkatan program SPIES hingga kini?

    Platform pembangunan modal insan yang disediakan oleh Kerajaaan Selangor melalui program SPIES merupakan satu pendekatan yang berhikmah dan kontemporari dalam usaha membangunkan modal insan secara Kejayaan kepada program SPIES ini boleh dilihat dari sudut kuantitatif dan kualitatif. Dari segi kuantitatif program SPIES telah berjaya melatih seramai 101,239 orang dan dalam tempoh ini ia merupakan satu kejayaan yang cukup besar dalam mengetengahkan konsep pembangunan insan yang holistik kepada warga Negeri Selangor.

     

    Dari segi kualitatif pula, ukuran kepada kejayaan program ini adalah agak abstrak kerana proses pembangunan insan adalah satu evolusi yang berterusan dan sepanjang hayat justeru memerlukan jangkamasa yang panjang untuk mendapatkan satu ukuran yang boleh membantu untuk melihat kejayaan sebenar program kursus SPIES ini.

     

    Perlu diingatkan program SPIES BUKAN sekadar kursus. Kursus hanyalah pengenalan kepada SPIES. Program SPIES sebenarnya adalah penerapan budaya positif dan produktif bermula di dalam jentera kerajaan hingga ke akar umbi. Antara faktor pengukur yang boleh dijadikan panduan adalah melalui beberapa aspek:

     

    Tahap integriti dan kompetensi kakitangan kerajaan Negeri Selangor melalui peningkatan produktiviti (peningkatan hasil kerajaaan, pengurangan aduan awam), pematuhan prosedur kerja (Laporan Audit Negeri/Negara;

     

    • Budaya ilmu mula subur di Negeri Selangor;

     

    • Budaya hidup bertuhan   semakin   terserlah:   masjid    dan tempat                 ibadat semakin dipenuhi;
    • Budaya pemutus dan pelaksana dasar yang mempunyai ‘guiding prîncip/es’

    atau prinsip yang jelas untuk menjaga kepentingan rakyat jelata;

     

    • Kejayaan menggerakkan program kolaborasi sinergistik antara jabatan / agensi kerajaan negeri / tempatan bersama pimpinan setempat dan aktivis masyarakat, warga pendidik, ibubapa bahkan belia dalam program berkala GeMS adalah di antara hasil kejayaan program SPIES.SebeIum ini begitu sukar untuk jabatan dan agensi kerajaan menghayati kerja berpasukan terfokus;

     

    • Pengurangan kadar krisis rumahtangga — berdasarkan laporan perceraian Manakala, untuk menilai kesan yang paling ketara dan manfaat program ini kepada peserta, indikator terbaik yang boleh digunapakai adalah melalui maklumbalas peserta kursus dan hasil analisa maklumbalas peserta yang dibuat ke atas mereka yang telah menghadiri kursus ini memberikan keyakinan yang tinggi melalui skor yang dinyatakan di atas iaitu 48 (markah penuh adalah 4.00). Skor yang ditunjukkan ini bolehlah dijadikan

     

     

    indikator penilaian ke atas keberkesanan program ini secara umumnya kerana peserta terbabit merupakan testimoni yang terbaik untuk menilai keberkesanan program SPIES ini.

     

    Pengukuran sebenar keberkesanan program ini juga dapat dlihat dari segi komitmen dan minat yang ditonjolkan. Hal ini terbukti apabila lebih daripada 90% peserta menyatakan program yang dilaksanakan adalah baik dan bersetuju untuk mengikuti program susulan.

     

    Selain itu laporan kajian keberkesanan program 2009 yang dibentangkan semasa Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri pada 20 Januari 2010 telah merumuskan perkara —perkara berikut :

     

    1. Program SPIES adalah amat baik dilaksanakan;

     

    Melalui penilaian tiga (3) penjuru iaitu peserta, pemantau dan pihak ketiga keseluruhan menyatakan program ini baik dan perlu diteruskan; dan

     

    Pengisian program secara keseluruhan baik iaitu dari aspek kandungan modul, penceramah, penggunaan audio visual, logistik dan keberkesanan ke atas aplikasi

     

    Secara umumnya, pelaksanaan program ini dapat diterima dengan baik oleh masyarakat yang mana ianya dapat dilihat menerusi peningkatan ilmu, pemerkasaan potensi kebaikan diri secara holistik, keinsafan jiwa, peningkatan kesediaan diri untuk berubah ke arah menjadi aset bernilai kepada negara dan ruang untuk memberi penjelasan terhadap usaha Kerajaan Negeri dalam memantapkan nilai modal insan.

     

  3. Apakah asas pembelajaran dalam program SPIES dan adakah ia bebas daripada menjadi alat doktrin politik kepartian?

    )     SPIES bersifat universal. SPIES adalah instrumen perpaduan kerana model ini dicipta merentasi kaum, keturunan dan agama. Bahkan SPIES juga melangkau perbezaan ideologi politik samada daripada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. mi kerana SPIES adalah model pendidikan yang bersifat neutral.

     

    SPIES adalah model (wholesome education) merupakan kerangka pendidikan yang holistik untuk melahirkan modal insan yang berhati mulia, amanah, berintegriti tinggi, produktif, kreatif menguasai ilmu, pengetahuan dan kemahiran untuk berjaya kerana ia mampu mengatasi masalah sepanjang kehidupan. Penekanan kepada pembangunan sinergistik semua elemen — elemen yang interaktif ini insyaallah akan menjadi manusia makhluk terbaik yang diciptakan Allah.

Lampiran

Tiada Lampiran.