Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
110) PROGRAM SMUE
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan bercadang akan bertukar pengambilan baucar SMUE dari bila-bila masa kepada mengikut bulan lahir?
Buat masa ini tiada sebarang cadangan untuk menggunakan kaedah pemberian mengikut bulan kelahiran ahli. Pemberian dibuka sepanjang tahun, namun tempoh sah baucar hanya layak dibelanjakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh baucar dituntut.
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat memberi kelonggaran masa sebanyak tiga bulan untuk penggunaan baucer selepas pengambilan?
Bermula tahun 2024, baucar yang tidak dibelanjakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh dituntut akan dikira telah tamat tempoh dan ahli tidak layak lagi mengambil baucar baru bagi tujuan tersebut. Masa 3 bulan tersebut sudah mencukupi untuk ahli membelanjakan baucar, maka tiada sebarang keperluan kelonggaran diberikan bagi baucar yang tidak dibelanjakan dalam tempoh tersebut.