Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

13) PROGRAM SMUE

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan sebab-sebab kelewatan bagi pendaftaran ahli SMUE.

    Untuk makluman, terdapat 3 faktor yang menyebabkan kelewatan pendaftaran ahli SMUE iaitu penjenamaan semula Skim Mesra kepada golongan Orang Kurang Upaya dengan nama Baharu ‘Skim Mesra Insan Istimewa’ (SMIS), penebusan baucer tidak lagi dibuat pada bulan kelahiran tetapi sepanjang tahun dan bermula tahun 2023 tawaran ditingkatkan daripada RM100.00 kepada RM150.00.

     

    Peningkatan permohonan yang diterima naik mendadak melebihi 3 kali ganda berbanding tahun 2022 dimana tahun 2022 permohonan yang diterima adalah sebanyak 29,777 sahaja. Manakala bagi tahun 2023, sehingga 30 Oktober 2023, permohonan yang diterima adalah sebanyak 110,566.

  2. Bagaimana Kerajaan Negeri dapat menambah baik bagi proses pendaftaran ahli SMUE yang perlu menunggu lapan bulan?

    Pada bulan Julai 2023 yang lalu, satu task force telahpun dibentuk bagi mempercepatkan proses kemasukan data bagi borang permohonan yang diterima secara manual. Sebanyak 39,822 borang telah berjaya didaftarkan menerusi task force tersebut dalam tempoh 7 Julai 2023 sehingga 14 Julai 2023. Walau bagaimanapun, YAWAS kini sedang berusaha melakukan proses semakan dan kelulusan borang permohonan yang telah didaftarkan tersebut. Ia dijangka akan selesai pada akhir bulan Disember 2023.

     

    Kerajaan Negeri dalam perancangan untuk ke arah digitalisasi Program Skim Mesra secara keseluruhan termasuk proses pendaftaran sehingga penebusan e-baucer dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan tahun 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.