Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

281) PROGRAM SKIMSEL YANG KINI DIKENALI HIJRAH SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa peruntukan yang telah dibelanjakan sekian tahun oleh Hijrah Selangor dari penubuhannya hingga 31 Disember 2015?

    HIJRAH SELANGOR adalah program Mikrokredit Bersepadu gagasan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Tuan Haji Mohamed Azmin Ali. Program ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 24 Mac 2015. Tujuan utamanya adalah untuk melebarkan golongan kelas menengah di Negeri Selangor, sepertimana yang divisikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar dalam ucapan belanjawan beliau pada 24 November 2014. Hasrat ini diharapkan boleh tercapai melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil di Negeri

     

    Pihak Yayasan Hijrah Selangor (YHS) ditugaskan untuk mewujudkan satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil yang didapati seringkali menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor.

     

    Falsafah Program HIJRAH SELANGOR berteraskan konsep ”Pinjaman Asas Simpanan”. Maksudnya, pinjaman yang diberikan digunakan sebagai modal tambahan dalam urusan perniagaan. Sebagai usahawan yang berdaya maju, adalah diharapkan dapat menghasilkan pulangan yang lebih tinggi. Lebihan

     

    pulangan ini, akan ditabungkan dalam Tabung HIJRAH SELANGOR, untuk manfaat penjaja dan peniaga kecil secara individu mahupun kelompok.

     

    Pihak kerajaan Negeri Selangor bertindak sebagai penganjur program. Pada tahun 2015, pihak Kerajaan Negeri telah memperuntukkan modal pusingan bagi pelaksanaan program Hijrah Selangor sebanyak RM 100,000,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Juta). Manakala pada tahun 2016, Kerajaan Negeri akan memberi peruntukan tambahan sebanyak RM31 Juta untuk meluaskan program Hijrah Selangor dengan mensasarkan golongan khusus seperti ibu tunggal, penerima blue print, asnaf, belia, orang kelainan upaya dan khariah masjid.

     

    Pada tahun 2016, perbelanjaan program Hijrah Selangor adalah seperti berikut :

     

    BIL PERKARA JUMLAH (RM) PERATUS (%)
    1 Peruntukan Dana RM100,000,000.00  
    2 Dana Yang Telah Diterima RM84,500,000.00 84.50
    3 Penggunaan RM83,827,511.61 99.20
    4 Pinjaman RM77,441,600.00 91.65
    5 Gaji Dan Pentadbiran RM5,586,624.71 6.61
    6 Deposit (Sewa Pejabat Dan Utiliti) RM231,422.00 0.27
    7 Pengubahsuaian RM176,335.40 0.21
    8 Komputer Dan Peralatan RM391,529.50 0.46
    9 Baki RM627,488.39 0.74

     

    * Yayasan Hijrah Selangor telah ditubuhkan dan dilancarkan pada 20hb Mac 2015.

     

  2. Berapakah bilangan peserta setiap tahun yang telah dibantu oleh Hijrah Selangor dari penubuhannya sehingga 31 Disember 2015?

    Berikut adalah bilangan peserta yang telah dibantu oleh Hijrah Selangor dari penubuhannya sehingga 31 Disember

     

    BULAN JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI
    BIL     1,101 1 2,275 3,465 653
    RM     4,121,000.00 3,000.00 12,052,000.00 20,528,000.00 3,314,000.00
    BULAN JULAI OGOS SEPT OKT NOV DIS JUMLAH
    BIL 653 849 2,612 1,303 766 2,239 15,264
    RM 3,314,000.00 4,091,000.00 13,474,000.00 5,745,000.00 3,546,000.00 10,073,000.00 76,947,000

     

  3. Apakah bentuk-bentuk latihan keusahawanan yang telah diberi kepada peserta Hijrah Selangor untuk meningkatkan peniagaan mereka?

    Bentuk-bentuk Latihan Keusahawanan yang telah diberikan kepada peserta Hijrah Selangor untuk meningkatkan perniagaan mereka adalah seperti berikut :

     

    Program 2015

     

    Bil Latihan Usahawan Latihan anak-anak usahawan
    1.

     

    2.

    Motivasi         Keusahawanan        Oleh INPENS

    Tarikh : 24 Mac 2015

    Tempat : Dewan Jubli Perak, SUK

    Kursus Transformasi Diri Oleh Pihak Unisel

    Tarikh : 20 November – 22 November 2015

    Tempat       :      Unisel      Bestari      Jaya

    3. -Taklimat SSM Oleh SSM Selangor

    Tarikh : 12 September 2015

    Tempat : Kolej INPENS Kuala Selangor

     
      – Motivasi Keusahawanan Oleh YB Tuan Hj Dr Yaakob Bin Sapari

    Tarikh : 12 September 2015

    Tempat : Kolej INPENS Kuala Selangor

     

     

    Program 2016

     

     

    Bil Latihan Usahawan Latihan anak-anak usahawan
    1. Anda Juara

    Tarikh : 2 April 2016 Tempat : Sekinchan

    Remaja Bestari

    Tarikh :14 Mac – 15 Mac 2016 Tempat : Warisan Semilang, Meru

    2. Magnet Usahawan Diri Tarikh : 3 April 2015 Tempat : Bangi Pembangunan Insan Profesional Tarikh : 12 Mac – 13 Mac 2016 Tempat : Kem Wirajaya
    3. Komunikasi Efektif

    Tarikh : 26 Mac – 27 Mac 16 Tempat : Kota Damansara/Subang

    Smart Caliph

    Tarikh : 13 Mac – 14 Mac 2016

    Tempat     :    Kalumpang   Resort,                  Hulu Selangor

     

Lampiran

Tiada Lampiran.