Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

134) PROGRAM SKIM PINJAMAN MIKRO-KREDIT

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan yg diperuntukkan dan jumlah keseluruhan pinjaman yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Skim Pinjaman Mikro-Kredit?

    Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak 50 juta yang akan disalurkan kepada golongan miskin luar Bandar. Sehingga kini sebanyak RM 540,500.00 telah dikeluarkan kepada 190 orang. Purata pembiayaan RM 2,845.00 setiap seorang. Bagaimanapun peruntukan wang pembiayaan ini disalurkan kepada Yayasan Dar Al Qard Al Hasan secara berperingkat mengikut permohonan dan keperluan dari masa ke semasa.

  2. Apakah bidang-bidang perniagaan yang telah diberi keutamaan?

    Modal pembiayaan boleh digunakan untuk sebarang usaha yang boleh menambahkan pendapatan seperti perniagaan secara kecil-kecilan, pertanian, penternakan, perikanan dan juga perkhidmatan dengan syarat projek berkenaan sah di sisi undang-undang.

  3. Siapakah golongan yang layak memohon pinjaman ini?

    Golongan yang layak untuk mendapatkan pinjaman ini ialah Warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik, keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM 1500 sebulan atau RM 350 perkapita. Telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 2 tahun, memiliki aset tetap kurang RM 50,000 dan sanggup mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak Yayasan Dar Al Qard Al Hasan.

Lampiran

Tiada Lampiran.