Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

145) PROGRAM SKIM MESRA USIA EMAS

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan jangka masa panjang bagi program SMUE memandangkan program ini tidak lagi menerima permohonan baru?

    Bermula tahun 2025, Program Skim Mesra dilaksanakan secara berfasa iaitu berdasarkan bulan kelahiran ahli berdaftar sedia ada. Kaedah ini dilaksanakan bagi memastikan pengurusan program dan agihan baucar dapat dibuat dengan lebih teratur. Berikut adalah fasa yang digariskan bagi Program Baucar Skim Mesra:

     

    BIL. FASA TEMPOH TUNTUTAN
    1. Fasa 1: Ahli yang lahir pada bulan Januari hingga Mac Februari hingga Mac
    2. Fasa 2: Ahli yang lahir pada bulan April hingga Jun April hingga Jun
    3. Fasa 3: Ahli yang lahir pada bulan Julai hingga September Julai hingga September
    4. Fasa 4: Ahli yang lahir pada bulan Oktober hingga Disember Oktober hingga Disember

     

    Manakala bagi khairat kematian, Kerajaan Negeri melalui Belanjawan Tahun 2025 telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi pelaksanaan Khairat Darul Ehsan yang bermula pada 1 Jun 2025, yang akan memberi manfaat kepada individu berusia 50 tahun ke atas serta OKU.

    Khairat Kematian Darul Ehsan adalah satu usaha Kerajaan Negeri bagi mensejajarkan empat (4) program yang menawarkan manfaat yang sama di bawah satu inisiatif. Program yang akan disejajarkan ialah Skim Mesra, Skim Insurans Am Selangor (INSAN), Iltizam Selangor Sihat (ISS) dan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor sedang melaksanakan Kajian Warga Emas bagi mengenal pasti keperluan sebenar warga emas di Selangor terutamanya dalam aspek kesihatan, sosial dan ekonomi. Hasil kajian ini akan membantu Kerajaan Negeri menetapkan dan menambah baik dasar, inisiatif dan peruntukan yang lebih holistik dan tuntas untuk jangka masa panjang, berasaskan keperluan populasi warga emas di negeri ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.